- Ezam Mohd Nor, nama yang semakin dilupakan. Laku bila ada pilihanraya kecil.
- Tahniah kepada Ezam kerana dilantik jadi Ketua Penerangan UMNO Cawangan. Pemimpin hebat mesti mula dari bawah !!!
- Ezam menyebut bahawa beliau sedia bersama PAS sekiranya PAS dapat membuktikan bawa PAS dapat memimpin Pakatan.
- Ayat tu adalah ayat politik. Awal-awal lagi Ezam sudah bersedia menerima kejatuhan UMNO. Sekiranya UMNO tewas dalam PRU ke 13, Ezam sudah boleh sebut bahawa "saya yakin PAS mampu memimpin Pakatan".
- Ezam tak payah tunggu PRU 13.
- Ezam hanya perlu bila ada pilihanraya kecil. Dalam erti kata lain, Ezam hanya perlu bila ada wakil rakyat mati.
- Seolah-olah tiada beza antara Ezam dengan Penggali Kubur. Cuma penggali kubur lebih ikhlas. Gali tanpa mengambilkira kubur UMNO atau PAS.
- Ayat politik Ezam sudah boleh dijangka. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.
No comments:
Post a Comment