- Agak serius wabak H1N1 di Melaka.
- Ada rakan yang jumpa saya, minta PAS Melaka adakan sholat hajat perdana bagi memohon keselamatan dari bala ini.
- Sholat hajat perlu, lebih perlu kalau kita mendorong masyarakat agar utamakan solat fardhu.
- Bila kita bersholat, kita berwuduk, sekaligus kita menjaga kebersihan diri.
- Sains sholat sudah membuktikan bahawa sholat boleh menghindarkan kita dari jangkitan wabak ini. Nak solat kena wuduk, bila berwuduk anggota kita sentiasa bersih dari kotoran.
- Sekolah di Melaka banyak ditutup. Pelajar hanya dikerah membasuh tangan.
- Apa salahnya sekiranya pelajar sekolah dikerah agar berwuduk dan sentiasa bersolat lima waktu. Adalah wajar anak-anak disekolah dihidangkan dengan kempen bersholat sekaligus tangan dan anggota anak-anak sentiasa bersih, dari pagi sampai kepetang. Zohor dan Asar boleh membersihkan mereka.
- Jangan sentiasa berharap kepada vaksin untuk menentang penyakit, agama yang menjadi ubat jangan dilupakan.
- Ibu bapa sering terabai sholat dengan dunia dan urusan harian.
- Anak-anak sering terabai solat dengan doremon, pokemon dan al tigre.
- Bila sekolah mula ditutup, wabak H1N1 menggila, kita mungkin perlu sedar bahawa kita perlu mengajar anak dengan versi kartun baru....
- Apa yang penting....sholat.
Tuesday, August 11, 2009
H1N1 - APA YANG PENTING
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment