- Sudah berapa tahun Ops sikap dilaksanakan. Berapa banyak wang dihabiskan dan apakah kesannya.
- Apakah sikap pemandu berubah.
- Ops sikap sebenarnya gagal. Mungkin masa akan datang tak perlu lagi Ops sikap. Membazir saja.
- Apa sebenarnya yang menyumbang kepada kemalangan jalanraya di Malaysia. Sebab orang ke, sebab jalan ke atau sebab kenderaan ke. Atau sebab UMNO ke.
- Sudah lama Ops sikap dilaksanakan tapi ia gagal mengubah sikap pengguna.
- Ops sikap sebenarnya tiada apa-apa. Ia hanyalah budget untuk lebihkan saman. Bila ada kemalangan maut, ambulan cepat datang untuk ambil mayat. Bomba bersiap sedia untuk potong kenderaan kalau ada mangsa yang tersepit.
- Macam Musa Hasan kata, denda hukuman mati pun orang Malaysia tak takut untuk melakukan kesalahan jalan raya.
- Bukan denda mati, mati pun mereka sanggup.
- Ops sikap kena tukar kepada ops saman ke atau ops maut.
- Sebab, setiap kali keluar berita ops sikap, yang dipamerkan adalah jumlah kemalangan maut dan jumlah saman.
- Undang-undang sepatutnya mendidik. Di Malaysia undang-undang jalanraya tidak mendidik pengguna.
- Itu menunjukkan undang-undang kita longgar. Rakyat kita percaya wang dapat mengatasi undang-undang.
- Siapa ada wang, boleh langgar undang-undang, kalau tiada wang ikut undang-undang.
- Kenderaan di Malaysia juga jenis kenderaan tin susu. Sebab ego nak jadi pengeluar kereta, faktor keselamatan no.10. Yang penting kereta boleh buat untung, keselamatan rakyat dipersetankan.
- Rakyat dididik dengan "biar papo asal bergayo". Kalau tak ada duit beli kancil. Pengangkutan awam macam dulu juga, sentiasa tak cukup dan tak efektif, walaupun berbillion dah dihabiskan.
- Sebab itu ops sikap tidak semestinya bermula dengan pengguna jalanraya. Ianya mesti bermula dengan penguasa. Pemimpin dan pasukan keselamatan.
- Kalau masih diselaputi rasuah. Baik tak payah buat ops sikap.
- Buat macam biasa je, tak payah ops - ops.
- Kalau nak buat juga, buat ops maut.
- Letak Van Jenazah tepi jalan.
- Sikap tak boleh berubah di musim perayaan. Sikap dididik di sekolah.
- Sebab itu selagi negara bergelumang dengan rasuah buat apa pun tak jadi.
- Manusia sudah tiada maruah kerana boleh dibeli dengan wang.
- Kalau banyak kena saman. Rasuah boleh "delete"
- Kalau banyak kena saman. Ada "cable" boleh kurang.
- Kalau banyak kena saman. Apa susah "Pak" aku polis.
- Ayat yang selalu kita dengar, betul ke...
- Rasuah akan menyebabkan orang baik jadi jahat. Orang jahat bertambah jahat.
- Kalau kita tidak menentang rasuah, kita akan jadi perasuah.
- Selamatkan diri kita. Tumbangkan BN.
No comments:
Post a Comment