Friday, January 15, 2010

AH LONG - KESAN SISTEM KAPITALIS

  • Salah satu cara kerajaan membenteras ah long ialah dengan membatalkan no tel bimbit mereka.
  • Semalam kerajaan mengumumkan bahawa 6163 no telefon ah long berjaya di 'potong'.
  • Ada kesan ke kalau no tel ah long dipotong. Macam buat kerja sia-sia saja.
  • Daripada angka itu kita dapat melihat bahawa bilangan ah long dinegara ini adalah ramai.
  • Walaupun ah long sering digambarkan sebagai penindas tetapi institusi kewangan sebenarnya lebih menindas.
  • Penindasan cara kapitalis memang seperti bermain silap mata.
  • Hanya peniaga yang berkemampuan (senang) sahaja yang boleh meminjam dalam sistem kapitalis. Orang baru nak berniaga minta maaf.
  • Sebab itu ah long tak mungkin dapat dihapuskan. Selagi tiada imbangan bagi memudahkan golongan peniaga meminjam di institusi kewangan.
  • Lagi canggih bank, lagi susah kita nak pinjam.
  • Sebab itu asas kapitalis mudah, yang kaya semakin kaya yang miskin macam itu juga.
  • Sebab itu dalam melawan ah long, kerajaan jangan lupa mainan golongan kapitalis ini. Dari mana ah long dapat duit untuk bagi pinjaman pada pelanggan mereka, kalau bukan dari bank.
  • Dan bank kalau nak bagi pinjam duit, dia tak tanya kau ah long ke tidak. Yang penting sama-sama kaya.
  • Ah long tak cetak duit sendiri ma!

No comments: