Wednesday, January 6, 2010

KALIMAH ALLAH - SAJAK MUNAFIK

  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun aku tak sembahyang ! Kalau aku tidak solat, bilakah aku bersyahadah…
  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun aku tak berpuasa ! Ramadhan dan Syawal ku sama…
  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun aku tak berzakat ! Hartaku haram, perlukah aku berzakat…
  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun aku belum keMekah ! Walaupun duitku berjuta namun belum datang seru…
  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun aku makan rasuah ! Bukan sedikit tapi berjuta. Perlukah aku berzakat dengan wang itu…
  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun arak menjadi minuman ku ! InsyaAllah aku akan berhenti sebelum mati…
  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun aku lebih taat kepada manusia ! Aku takut kepada manusia lebih daripada takutkan Allah…
  • Aku pertahankan kalimah Allah walaupun aku tak percaya kepada hukum-hukumnya ! Hudud bagiku ketinggalan zaman…
  • Aku pertahankan kalimah Allah dikala aku menentang segala arahanNya . Politik bagiku lebih utama, kerana politik dan kuasa yang memberiku makan dan rezeki...
  • Aku kaya dan senang kerana berpolitik. Politik ini yang mengeluarkan aku dari kemiskinan.
  • Aku kadangkala keliru, aku pertahankan Allah ke atau aku pertahankan kuasa politik.
  • Munafikkah Aku!!!

No comments: