Wednesday, January 20, 2010

POLIS - POSMEN - POS

  • Minggu lepas Jabatan Pendaftaran Negara meminta pihak polis untuk menyerahkah kad pengenalan yang tidak dituntut kepada pemiliknya. Lebih 400 ribu terutamanya di Sabah dan Sarawak. Polis dah buat kerja posmen nampaknya.
  • Minggu ini anggota polis diminta buat kad pengenalan agar mereka boleh bergilir-gilir mengundi. Separuh pagi separuh petang. Mungkin pagi undi POS, petang undi biasa.
  • SPR juga bercadang agar UNDI POS di banyakkan lagi kepada sektor perkhidmatan yang kritikal.
  • Asas kritikal itu sudah pasti dikawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat.
  • Macam ada yang tak kena saja bila baca rentetan peristiwa diatas.
  • Mungkin perangkap sedang dipasang. Lain yang kita agak, lain yang dirancang.
  • Kenapa SPR sanggup umumkan 4.9 juta orang masih belum didaftarkan sebagai pemilih, sedangkan mereka tahu angka itu mendedahkan kelemahan mereka sendiri.
  • Atau ia isyarat baru dari SPR, bersiap sedialah bahawa setiap DUN dan PARLIMEN akan menerima pertambahan pengundi baru yang mendadak, sebab rakyat baru dapat kad pengenalan !

No comments: