Saturday, March 20, 2010

BN LOMPAT VS PR LOMPAT

  • Musim ini musim panas.
  • Air di Empangan Durian Tunggal sudah banyak surutnya. Syukur dua tiga hari kebelakangan ini hujan mula turun.
  • Politik Malaysia juga panas. Dipanaskan dengan politik lompat.
  • Dalam ramai-ramai ahli politik lompat, Datuk Zahrain yang paling lantang.
  • Masa dalam PR dulu, tak dengar suaranya, tapi bila dah bebas, semacam ada tak kena dengan nadanya.
  • Segala cerita 16 September dibongkarnya. Kebanyakannya kita dah dengar.
  • Diakhir cerita Datuk Zahrain itu, beliau mendedahkan senarai nama wakil rakyat BN yang akan melompat ke PR.
  • Cuma Datuk Zahrain lupa bahawa ada juga senarai wakil rakyat PR melompat kepada BN. Beliau salah seorang dalam senarai itu.

No comments: