Tuesday, April 20, 2010

PAKAR BEDAH SARAF

  • Dr Halili keluar PKR dan cadang nak masuk UMNO.
  • Saya tak pernah kenal beliau, melainkan bila beliau umum keluar PKR dan masuk UMNO.
  • Beliau seorang pakar bedah. Dalam politik seorang pakar bedah belum tentu pakar dalam kepimpinan. Sebab itu sudah dua kali bertanding beliau tetap kalah.
  • Walaupun 1000 alasan yang beliau berikan untuk keluar PKR, namun rakyat sudah menjangka bahawa faktor kecewa tidak dicalonkan di Hulu Selangor menjadi faktor asas beliau bertindak demikian.
  • Tindakan Dr Halili itu hanya untuk memuaskan hatinya sahaja. Orang politik tak boleh mengkhianati gerakan yang mereka dokong. Pilihanraya adalah peperangan dalam dunia politik moden.
  • Khianat dalam peperangan adalah pembelot.
  • Cuma satu persamaan dalam dunia peperangan dulu dan pilihanraya sekarang adalah pembelot tak akan diterima. Kalau Dr Halili boleh mengkhianati PKR beliau juga boleh mengkhianati UMNO apatah lagi rakyat.
  • Dr Halili menjangkakan bahawa beliau boleh menjatuhkan PKR dan pakatan dengan tindakan tersebut. Beliau sebenarnya sedang menjatuhkan maruah sendiri.
  • Beliau mungkin boleh bersandiwara di depan media tapi belum tentu di depan Allah !

No comments: