Tuesday, June 1, 2010

PALESTINA

  • Dunia dikala ini mengutuk tindakan kejam Israel membunuh sukarelawan ke Gaza.
  • Biar apapun alasan Israel , siri-siri pembunuhan mereka kepada ummat manusia tidak boleh dimaafkan.
  • Dunia akan terus menceritakan dari satu generasi kepada satu generasi tentang kekejaman Israel.
  • Israel tidak akan hidup aman, mereka pasti akan dapat dihalau dari bumi jajahan mereka, sehingga Baitul Maqdis dikembalikan ketangan ummat Islam.
  • Hari ini anak-anak dibandar besar Jakarta terus melaungkan ungkapan "AllahuAkbar" dan bebaskan Palestina.
  • Hari ini sudah masuk hari hari ketiga, unjuk rasa (demonstrasi) berlansung dikota Jakarta ini.
  • Para pelajar dari seluruh universiti di Jakarta dari jam 10 pagi sehingga jam 4 petang berterusan melakukan demontrasi dibandaraya Jakarta.
  • Semalam kami terlepas bersama mereka di hadapan kedutaan Amerika.
  • Hari ini kami sempat bersama mereka berdemontrasi di pusat bandar Jakarta.

  • Kesusahan Palestina adalah kesusahan kita.

  • Air Mata Palestina adalah air mata kita.

  • Darah warga Palestina adalah darah kita.

  • Kerana kita sering diajar bahawa ummat Islam adalah bersaudara.
  • Kesusahan, air mata dan darah yang tumpah di Palestina adalah kesusahan, air mata dan darah kita.
  • Kesedaran golongan pelajar di Indonesia sering menjadi idola pelajar-pelajar di Malaysia.
  • Kuliah, usrah, tamrin dan rehlah semuanya digabungkan dalam wadah unjuk rasa.
  • Dimana mereka berdemontrasi mereka akhiri dengan solat berjamaah dan solat jenazah untuk teman-teman yang syahid di Palestina.
  • Esok mereka akan terus berdemontrasi di kota Jakarta.
  • Hidup Palestina, jahanam Israel.







No comments: