Friday, August 13, 2010

MUHYIDDIN - BATU API @ KAYU API

  • Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kelas tersendiri. Beliau meletakkan dirinya seperti lelaki Melayu terakhir, hampir dekat dengan Datuk Ibrahim Ali.
  • Seperti yang disebut oleh YB Khalid Samad, beliau adalah batu api, melagakan pemimpin pakatan.
  • Tapi Muhyiddin lupa bahawa Rosmah sedang memerhatikannya.
  • Banyak kenyataan Muhyiddin benar-benar menggagalkan aspirasi 1 Malaysia Najib.
  • Ancaman 1 Malaysia sebenarnya bukan datang dari Pakatan, ia sebenarnya datang dari Muhyiddin.
  • Sokongan Muhyiddin kepada kenyataan Dr Mahathir tentang kegagalan 1 Malaysia sudah cukup menunjukkan arah pemikiran Muhyiddin.
  • 1 Melayu 2 Malaysia yang diungkapkan Muhyiddin adalah cabaran besar kepada konsep 1 Malaysia.
  • Muhyiddin juga sedang mencari dimana untuk diletakkan Islam dalam perkiraan 1,2,3.
  • Muhyiddin tahu Islam boleh juga dijual dalam mencari pengaruh dalam UMNO. Muhyiddin pasti dilihat lebih Islamik dari Najib.
  • Persoalannya bolehkan Najib terus membiarkan Muhyiddin merobek keyakinan rakyat Malaysia kepada dasar 1 Malaysia yang beliau bawa.
  • Bagi kita Muhyiddin dilihat sebagai batu api, tapi bagi Najib, Muhyiddin mungkin boleh dijadikan kayu Api. Di bakar ketika perlu, seperti Mahathir 'membakar' Musa Hitam.

1 comment:

Anti Hipokrasi said...

Salam, saya mohon Pesuruhjaya PAS Melaka tidak mencampuri urusan PAS Seremban. Amatlah malang PAS Seremban yang baru pulih dari penggantungan tetapi seorang pimpinan luar Negeri Sembilan (PJ Melaka) bersekongkol dengan pihak yang tidak menyenangi PAS Seremban.