- Kalau mengikut maklumat terkini, cuti anggota bawahan PDRM dibekukan sehingga Nov 2011.
- Ia sekaligus memberikan tekanan kepada pasukan PDRM.
- Apa alasan sebenarnya pembekuan ini dilakukan. Kalau mengikut sumber PDRM, alasan KDN adalah rampasan kuasa dan kerajaan BN akan tumbang.
- Rampasan kuasa adalah mengarut.
- Tapi alasan kedua bahawa kerajaan BN akan tumbang ada rasionalnya. Itupun bergantung pada pilhanraya umum ke 13. Bergantung pada rakyat bukan pada KDN.
- Mengarahkan anggota PDRM bertugas dengan cuti dibekukan adalah membebankan. Pasti bercanggah dengan undang-undang buruh apatah lagi alasan mengarut yang diberikan kerajaan.
- Lebih malang lagi Latihan Anti Rusuhan (POPO) sedang giat dijalankan dalam pasukan PGA.
- Tak cukup dengan itu, taklimat ancaman dalam negeri disebut-sebut telah diberi kepada pihak kem komander dalam pasukan polis.
- Adalah wajar pasukan PDRM tidak dibebankan dengan kerja mengarut sebegini. Negara akan kekal aman, BN masih berkuasa.
- Jangan bazirkan wang rakyat untuk kerja tak berfaedah. BN harus terima hakikat bahawa PDRM pun manusia, tiada gunanya mereka diasak dengan kerja yang tak sepatutnya.
- Asasnya mereka menjaga keselamatan negara bukan keselamatan BN.
- Tamatkan pembekuan cuti anggota PDRM.
Friday, July 29, 2011
BATALKAN PEMBEKUAN CUTI PDRM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment