Monday, July 4, 2011

BEBASKAN PIMPINAN DAN AHLI PAS MELAKA


Berbincang bersama peguambela.
Lokasi: Kompleks Mahkamah Melaka


  • Merujuk kepada penangkapan 17 ahli PAS Melaka di IPD Jasin pada 3hb Julai , jam 2.15 petang.
  • PAS Melaka mengutuk tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dengan tindakan tangkapan ini.
  • PAS Melaka juga merasa kesal kerana mereka yang ditangkap tidak dibebaskan setelah keterangan mereka diambil. Sebaliknya mereka terus ditahan di IPD Jasin.
  • Sehubungan dengan itu PAS Melaka mendesak pihak berkuasa agar membebaskan mereka yang ditahan.
  • PAS Melaka akan terus memberikan pembelaan kepada mereka yang ditahan kerana kami yakin bahawa mereka yang ditahan tidak melakukan sebarang bentuk kesalahan.
  • PAS Melaka berharap keluarga para ahli PAS yang ditahan agar bersabar dan kita sama-sama berdoa agar mereka segera dibebaskan.
Adly Zahari
Pesuruhjaya PAS Melaka.

No comments: