Saturday, August 13, 2011

LEBIHAN WANG ZAKAT

  • Khamis lepas pergi kepejabat baru SPRM di Alai Melaka.
  • Isunya tentang laporan penggunaan wang zakat RM13.5 juta bagi membina bangunan MAIM.
  • Persoalannya kenapa wang Zakat digunakan, sedangkan kontrak sudah diberikan kepada kontraktor untuk bina bangunan tersebut dengan tukaran tanah milik MAIM.
  • Kesudahannya, tanah hilang, duit zakat pun habis.
  • Apa kata SPRM dengan laporan pada 28 Feb 2011 itu.
  • Tiada Rasuah, cuma kesalahan teknikal.
  • Maim berhutang dengan pusat zakat, nanti dia bayar balik.
  • Duit zakat yang digunakan MAIM itu adalah duit zakat "LEBIHAN"
  • Bila perbincangan jadi panas SPRM tutup ucapan dengan "PAS siasatlah sendiri".
  • Tak mengapa nanti kita akan siasat.
  • Cuma bila lawat bangunan SPRM itu timbul satu pertanyaan. Kenapa bangunan SPRM yang boleh menempatkan 200 orang hanya digunakan untuk 40 orang kakitangan SPRM Melaka.
  • Siapa nak siasat ?

1 comment:

baca-baca said...

Jangan diharap pada SPRM.

Orang rasuah menjijikkan, SPRM lagi teruk dari orang rasuah.

Duit zakat banyak lebih ke? Juta2?

Tapi apasal ramai miskin kedana di Melaka?
Apasal bantuan zakat asyik banyak tu je....harga brg dah naik melambung2, bila mau up bantuan zakat? Xyah bayar zakat kat Baitulmal lah.....bayar je terus kat org miskin dan fi sabilillah..