Friday, September 23, 2011

JUDI HARAM - MELAKA JADI BATAM MALAYSIA

  • Isu judi haram di Melaka memang sudah lama dibincangkan.
  • Dalam sidang DUN yang lalu, wakil Pakatan Rakyat dari DAP sudah membangkitkan isu ini.
  • Sehingga keluar dari mulut kerajaan Melaka bahawa "judi adalah budaya cina"
  • Akhirnya isu judi ini tidak dibahaskan, tapi wakil rakyat DAP yang dihalau keluar.
  • Hari ini kerajaan Melaka melancarkan perang habis-habisan kononnya kepada judi haram.
  • Macam kata pepatah melayu, sudah terantuk baru tengadah, sudah terbolos baru melantai.
  • Judi Haram sebenarnya banyak melibatkan remaja Melayu, terutamanya pelajar sekolah.
  • Judi Haram sebenarnya sudah sampai kekampung-kampung, melalui pusat siber.
  • Di Kg Gangsa sahaja ada dua pusat judi Haram !
  • Judi Haram di Melaka bukan perkara baru. Antara pusat judi haram terbesar di Melaka ada dalam Dewan Undangan Negeri Bukit Baru, yang ketua Menteri menjadi wakil rakyatnya. Berselindung disebalik "Kelab Eksklusif". Berapa puluh tahun kelab itu beroperasi ?
  • Beranikah Ketua Menteri mengambil tindakan kepada jerung judi haram. Jangan mengejar bilis sahaja.
  • Trend ini tidak ubah seperti pulau Batam suatu ketika dulu. Tempat dimana warga Singapura memulakan industri judi haram. Perjudian haram di Batam cukup terkenal sehinggalah kerajaan Indonesia berjaya membenteras jenayah tersebut.
  • Persoalan saya kepada kerajaan Melaka, beranikah mereka membenteras jerung judi haram yang dah bertapak di Melaka lebih dari 20 tahun lalu.
  • Jangan sampai orang gelar Melaka sebagai "Batam Malaysia".

1 comment:

baca-baca said...

Melaka ni dah lama teruk dah...

Ali Rustam apa tau ...dok sibuk kutuk Kelantan, negeri sendiri tergadai.
Maksiat menjadi2 di Melaka, masih x sedar2 lagi. Bangunlah ooi!Bangun, bangun! Ke dah bangun tapi bebuat tido. X reti bertanggungjawab langsung.

Duit zakat merapu2 bagi kat yg x berhak, itu satu kesalahan yg amat besar, takut2 terlaknat dunia akhirat nanti.
Baik muhasabah diri, sementara masih ada kuasa, masih belum terlambat memperbetulkan kesalahan.
Allah sayangkan hamba2nya yg menginsafi salah laku. Allah sayang, rakyat pun sayang.

Rakyat menghukum x berat, kalau Allah yg bagi hukuman camne? Boleh tahan ke? xde sapa boleh tolong punya...kaki2 bodek keliling pinggang pun lari lintang pukang, macam setan dengar azan....
Setan dengar azan lari lintang pukang sampai accident sana sini, berdarah2 badan2 setan, tapi setan sembuh bila dia ambil air kencing manusia yg kencing berdiri lalu disapunya pd badannya yg luka berdarah tu....tu pasal jgn kencing berdiri, supaya setan xde ubt luka...
Tapi x kan kekawan kelililng pinggang Ali Rustam mau sapu ngan air kencing orang gak.....?