Sunday, July 22, 2012

Azam Ramadhan 1433H!



Melawan Yang Bernafsu.
  • Ramadhan itu api dan ianya panas.
  • Panas kerana kita sentiasa kehausan.
  • Ramadhan bulan kita mengawal nafsu dan melawan mereka yang bernafsu.
  • Sekadar mengawal nafsu, tapi membiarkan mereka yang bernafsu bermaharajalela tidak menepati tuntutan Ramadhan.
  • Hasil Ramadhan adalah Taqwa, bukan sekadar takut kepada Allah, tapi mesti berani berdepan dengan mereka yang tidak takut kepada Allah, mereka yang menjadi penegak mungkar.
Melawan Pembazir
  • Pembaziran mesti ditentang.
  • Dikala berbuka jangan membazir.
  • Membazir itu saudara syaitan.
  • Kalau karipap harganya satu RM.40 sen, tiga RM1.00, belilah satu sahaja atau dua RM0.80. Jangan terpengaruh dengan tiga seringgit!
  • Islam datang mendidik jangan membazir dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.
  • Jangan asyik melihat pembaziran karipap sehingga kita lupa pembaziran Kapal Selam, PKFZ dan yang sewaktu dengannya.
  • Jangan sampai karipap menempelak kita kerana membiarkan pembazir!
  • Bukankah kita orang bertaqwa.
Menentang Penzalim
  • Islam tidak mungkin zalim atau dilihat zalim.
  • Islam itu adil.
  • Islam mesti diletakkan pada tempatnya.
  • Kezaliman besar adalah meminggirkan Islam.
  • Pejuangkan Islam, kita tak akan rugi.
  • Islam selamat kita selamat.
  • Bukankah Islam itu selamat, sejahtera!
  • Ramadhan adalah bulan mencari taqwa.
  • Hanya mereka yang bertaqwa menentang kezaliman.
  • Tegakkan keadilan, tentang kezaliman dan penzalim.
  • Islam pasti menang.

No comments: