Wednesday, July 9, 2008

Isu Liwat : Mubahalah atau Hudud?

Liwat: Apakah perlu Mubahalah atau memperkasakan kembali undang-undang Syariah

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata


"Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

ianya dicatat juga oleh Allah swt melalui Al-Qur'an:

"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)


Mari kita fahami apa yang dinyatakan didalam maksud ayat Qur'an diatas jelas sudah ianya dibawah undang-undang Hudud, jadi apa yang berlaku mutakhir ini dalam politik tanah air kita sebenarnya punyai hikmahnya tersendiri.

Ini Kerana jika kita singkap kembali dasar perjuangan PAS sejak mula ditubuhkan sehingga kini adalah memperjuangkan sebuah sistem pemerintahan yang berasaskan Islam yang syumul dengan memperundangkan hukum-hakam yang terkandung dalam kitab suci Al-Quraan.

Ini beerti sudah sampai masanya untuk menegakkan keadilan dan kebenaran dalam apa jua isu sekalipun maka pemerintah mesti kembali kepada perundangan syariah sepertimana yang terkandung dalam Al-Quraan bagi menggantikan kelemahan undang-undang ciptaan manusia yang digunapakai kini .

Berbalik kepada isu yang hangat diperkatakan kini iaitu kes liwat yang membabitkan Dato seri Anwar dengan Saiful Bukhari ini sebenarnya syor untuk bermuhabalah atau sumpah laknat sepatutnya tidak perlu atau jika masih nak diteruskan juga ianya adalah jalan terakhir untuk cari penyelesaian.

Saya khuatir Sumpah laknat atau muhabalah menjadi satu elemen yang boleh dipermainkan jika ianya dibudayakan dalam masyarakat dan juga melalui Media sehingga menghasilkan sumpah palsu kesan daripada kelemahan sistem perundangan Syariah Islam.

Untuk itu jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan memperkasakan kembali martabat perundangan Syariah dan dibicarakan serta dihukum melalui kaedah Syara' sekaligus dapat menyelesaikan permasalahan mengikut kaedah yang betul dan mampu mengawal gejala fitnah.

Adly Zahari
05 Rejab 1429



No comments: