Merujuk kepada kenyataan Datuk Ali dalam Sinar Harian 7 Julai berhubung dengan Melaka catat pengangguran terendah suku tahun pertama. Analisa yang dibuat oleh Ketua Menteri amat dangkal sekali;
- Kerajaan negeri sepatutnya bimbang kerana 66.7 peratus iaitu seramai 3200 orang mereka yang menganggur adalah mereka yang berpendidikan tinggi. Maknanya yang cerdik tak ada kerja dan yang tak berapa cerdik mudah dapat kerja.
- Berbangga bila golongan cerdik tidak mempunyai pekerjaan merupakan satu penilaian yang silap sekaligus mengambarkan bahawa ruang pekerjaan bagi golongan berpendidikan tinggi di Melaka adalah terhad.
- Kadar pengangguran yang tinggi dikalangan Siswazah mengambarkan bahawa kerajaan Negeri gagal menyediakan ruang bagi golongan ini dan usaha menjadikan Melaka Negeri Maju 2010 pasti tidak akan berjaya.
- Bagi memastikan kita berada pada landasan yang betul, kadar pengangguran dikalangan Siswazah sepatutnya kecil kerana :
- Bilangan Siswazah adalah kecil jika dibandingkan dengan mereka yang tidak pendidikan tinggi.
- Sekiranyan Siswazah mudah mendapat pekerjaan, maka rakyat akan berlumba-lumba untuk menjadi golongan berpendidikan tinggi bukan sebaliknya..
Kesimpulannya analisa Ketua Menteri boleh dihuraikan sebagai. Sekiranya anda nak pekerjaan, lebih baiklah anda tidak punya kelulusan.
Adly Zahari
06 Rejab 1429
No comments:
Post a Comment