Tuesday, July 15, 2008

Mangga Melaka Delite

Mangga Manis atau Magga Jeruk

Lebih Sedekad Kerajaan Negeri Melaka memperkenalkan tanaman pokok mangga yang dikenali Melaka Delite. Hari ini kita lihat banyak sawah terbiar telah ditukar statusnya menjadi ladang mangga. Persoalannya adakah projek yang diusahakan ini benar-benar menjadi sumber pendapatan atau ianya sekadar projek bagi melepaskan batuk ditangga.

  1. Kebanyakan pengusaha Mangga Melaka Delite telah diberikan benih pada kadar RM1.00 setiap pokok, kayu pagar percuma, baja percuma. Agihan yang dibuat oleh Jabatan Pertaniaan Negeri adalah melalui JKKK. Kebiasaannya, sekiranya terdapat projek ini disesebuah kampung maka mudah dikenalpasti rumah JKKK, rumah yang bertimbun baja dihalamannya.

  2. Hari ini kita dapat melihat bagaimana banyak sawah terbiar telah menjadi kawasan tanaman mangga terbiar, tiada bezanya. Kerajaan negeri sering menjadikan projek di Kampung Gelam sebagai model tapi bagaimana projek yang diusahakan ditempat-tempat lain.

  3. Bagi mereka yang punya pengalaman mengusahakan projek magga ini faktor-faktor berikut sering menghantui pekebun ;

    1. Pohon mangga yang mudah rosak

    2. Kadar bunga menjadi putik adalah rendah, sering dipengaruhi faktor cuaca.

    3. Buah yang dihasilkan bersaiz kecil

    4. Rasa yang masam

    5. Buah mudah busuk (tempoh masak yang singkat) menyebabkan ia sukar dijual/dieksport.

  4. Yang menjadi persoalan, Ketua Menteri kerap keluar negara diatas nama Bioteknologi (Seminar atau lawatan sambil belajar) tetapi masih gagal memanfaatkan pengetahuan Bioteknologi pada projek diatas. Sepatutnya untuk tempoh 10 tahun keraaan negeri telah memperkenalkan benih Melaka Delite generasi kedua atau ketiga yang sifatnya seperti berikut ;

    1. Pokok mempunyai imunisasi yang tinggi, tahan dari ancaman serangga perosak, penggunaan racun pada kadar yang minima.

    2. Kadar bunga menjadi putik lebih tinggi.

    3. Saiz buah yang lebih besar

    4. Rasa yang manis

    5. Tempoh masak yang lama bagi tujuan pemasaran/eksport.


5. Kesan kegagalan ini dapat kita lihat bila harga pasaran mangga Melaka Delite adalah serendah RM2.50 sekilogram. Bagaimana dengan harga serendah ini ianya boleh memberi pendapatan kepada masyarakat kampung yang mengusahakan secara kecil-kecilan. Jalan mudah bagi pekebun adalah menjadikan mangga ini sebagai jeruk.

Persoalannya adakah sesuai Melaka Delite dijadikan Jeruk ? Komersial kah ia untuk 10 tahun akan datang ? Berapa banyakkah insentif yang dihabiskan berbanding dengan hasil yang dipungut ?.

Adly Zahari

12 Rejab 1429


No comments: