Thursday, July 10, 2008

Untuk Renungan Jumaat - Mari kita Muhasabah

JALAN KE PUTRAJAYADEKAT TAPI BOLEH TERSESAT

Hari ini ramai yang bercakap tentang Jalan Ke Putrajaya, pemimpin menggambarkan jalan itu dekat dan hanya membilang hari untuk sampai ke destinasi. Walaubagaimanapun saya turut berminat untuk berkongsi pandangan bahawa banyak jalan boleh di lalui sebelum sampai ke Putrajaya.

Pertama : Hari ini jalan yang paling popular adalah jalan melalui perubahan Ahli Parlimen BN kepada Pakatan Rakyat. Saya istilahkan jalan ini sebagai JALAN PINTAS. Jalan Pintas biasanya tidak berapa elok, banyak lopaknya. Walaupun dekat tapi bercabang. Biasanya kumpulan yang menggunakan jalan ini tiada pengetahuan tentang jalan yang dilalui, hanya Ketua yang memandu mereka. Walaupun jalan ini dekat tapi boleh tersesat. Banyak pendaki everest yang menggunakan jalan pintas tapi tersesat akhirnya. Yang paling malang bila tersesat, mereka lupa jalan pulang. Fikir-fikirkan lah....

Kedua : Jalan Kedua untuk ke Putrajaya adalah Jalan melalui kerjasama dengan UMNO. Saya istilahkan jalan ini sebagai JALAN MATI, Dato’ Asri pernah menggunakannya. Pejuang-pejuang Islam sudah lama melupakan jalan ini. Jalan ini juga dekat tapi merbahaya. Jalan mati boleh dihidupkan semula kalau kena caranya seperti ”DEMI ISLAM”, ”UNTUK ISLAM”, ”MARUAH UMMAH” dan seumpamanya. Jalan mati biasanya ada Jambatan Penghubung dan Jambatan itu biasanya Rapuh. Mereka yang melalui jalan ini biasanya akan terhumban kejurang fitnah. Renung-renungkanlah....

Ketiga : Jalan Ketiga untuk ke Putrajaya adalah melalui undi Rakyat. Saya istilahkan jalan ini sebagai JALAN LURUS. Jalan ini lambat dan memerlukan kesabaran. Almarhum Ustaz Fadhil Noor, Prof.Zulkifli Muhammad antara pejuang yang melalui jalan ini. Risiko melalui jalan ini, anda mungkin mati diperjalanan. Mereka yang sering bertukar teksi atau bertukar Parti juga tidak sesuai melalui jalan ini, maklumlah lambat. Tapi mereka yang melalui jalan ini tetap memegang prinsip jalanan, BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT. Nilai-nilaikan lah...


Maka carilah jalan agar Islam dapat dimertabatkan dimuka bumi Allah ini. Yang paling dibimbangi adalah mereka yang tidak berjalan.... kerana yang kaku itu biasanya mati.



Adly Zahari

08 Rejab 1429

2 comments:

Hasbullah Pit said...

Saudara Adly.

Pasanglah statistik, baru boleh tahu berapa ramai org masuk & drpd mana org masuk.

jasindaily online said...

dia baru lagi...pasni lagi canggih.....terus beristiqomah...salam perjuangan....ana ingin menyampaikan salam senior anta iaitu saudara Ruzi bin Hamzah....la ni dia bertugas di Kedah...dia merrupakan penasihat ana semasa kami di kedah