- Bukan suatu perkara yang luar biasa bila UMNO menangguhkan persidangan mereka.
- Tapi penangguhan kali ini dilihat sebagai pelik, sedangkan mesyuarat bahagian UMNO akan bermula tak sampai dua minggu lagi, 9 Oktober 2008.
- Persoalannya, apakah penangguhan itu kerana tekanan kepada Pak Lah atau mungkin Pak Lah dan Najib membuat perhitungan baru bagi menentang Tengku Razaleigh.
- Yang pasti, penangguhan persidangan UMNO itu akan membunuh cita-cita Tengku Razaleigh untuk mencabar Pak Lah. Pak Lah dan Najib sebenarnya bimbang sekiranya aliran penentangan akar umbi memihak kepada Tengku Razaleigh.
- Pak Lah masih mengharapkan pencalonan untuk kekal selaku Presiden UMNO. Semasa sessi soal jawab kepada wartawan, Pak Lah tidak dapat lagi menyembunyikan kebimbangan beliau bila membangkitkan semula bahawa beliau tidak pernah menyertai semangat 46 atau berceramah dipentas pembangkang.
- Ketika ditanya wartawan kepada Pak Lah, apakah alasan penangguhan itu, Pak Lah tidak dapat menjawab selain menyerahkan soalan itu kepada Najib.
- Sebab itu istilah yang digunakan oleh Datuk Zahidi Zainol, Timbalan Ketua Perhubungan Perlis bahawa penangguhan itu ada muslihat ada kebenarannya.
- Datuk Najib mungkin merencanakan pelan ini. Dikala Pak Lah dilihat lemah, ahli mahukan perubahan, Kuli dilihat sebagai individu tunggal yang berani mencabar Pak Lah, maka Najib bimbang ahli UMNO akan mengikut rentak rakyat pada pilihanraya 8 March dari istilah ”asal bukan BN” kepada ”asal bukan Pak Lah”.
- Sekirannya Kuli berjaya mebawa mesej ”asal bukan Pak Lah”, pelan peralihan kuasa tidak bermakna, Najib merasa dirinya juga tidak bermakna. Cara terbaik adalah dengan menangguhkan persidangan UMNO.
- Datuk Najib bersedia menunggu sehingga 2010, tetapi beliau tak sanggup melihat pertandingan diantara Pak Lah dan Kuli, ini memperjudikan nasib beliau.
- Penangguhan ini juga akan memberi harapan kepada ahli UMNO bahawa peralihan kuasa semakin hampir maka Kuli tidak lagi diperlukan untuk membawa perubahan kepada UMNO.
- Yang pasti Pak Lah dan Najib akan terus diberikan pencalonan. Seperti yang disebut oleh Tengku Razaleigh, pelan peralihan kuasa ini adalah untuk kepentingan Pak Lah dan Najib bukan untuk UMNO, jauh sama sekali untuk kepentingan negara.
- Yang penting Pak Lah dan Najib yang perlu mendapat pencalonan tertinggi jawatan Presiden dan bukan Tengku Razaleigh. Sekiranya sebelum penangguhan pencalonan Presiden berpecah kepada dua, selepas penangguhan ianya berpecah tiga sekaligus membunuh hasrat Tengku Razaleigh.
- Berjayakah pelan strategik Najib-Pak Lah ini ?
Saturday, September 27, 2008
PELAN STRATEGIK NAJIB - PAKLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment