- Tindakan Kerajaan Negeri Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan adalah tidak boleh diterima.
- Kenyataan Ketua Menteri Melaka yang mengaitkan anugerah tersebut sebagai modal dalam mempromosikan Melaka sebagai suatu yang menyimpang dari tujuan asal anugerah Datuk itu diwujudkan.
- Jasa yang disumbangkan oleh Shah Rukh Khan melalui dua filem tersebut juga tidak boleh menjadi asas bagi penganugerahan tersebut.
BPR PERLU MENYIASAT
- Badan Pencegah Rasuah sepatutnya menyiasat apakah penganugerahan tersebut mempunyai unsur-unsur rasuah.
- Cadangan penganugerahan tersebut datangnya dari Tun Daim Zainudin. Apakah Tun Daim mempunyai kepentingan perniagaan ketika mencadangkan nama Shah Rukh Khan bagi gelaran tersebut.
- BPR juga mesti melihat apakah wajar individu seperti Tun Daim boleh mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya gelaran Datuk diberikan kepada seseorang. Apakah proses sedemikian boleh diterima ?
- BPR juga harus melihat apakah penganugerahan itu mempunyai motif perniagaan dan pelaburan. Apakah motif tersebut boleh diterima pakai bagi tujuan penganugerahan Datuk.
- BPR sepatutnya menyiasat kenyataan yang dibuat Ketua Menteri Melaka. Kenyataan beliau yang mengaitkan anugerah tersebut sebagai suatu bentuk pelaburan adalah menyimpang dari tujuan asal anugerah itu diberikan.
- Sekiranya pandangan Ketua Menteri Melaka itu diterima, apakah tidak mungkin gelaran Datuk itu bakal menjadi barang dagangan.
- Adalah amat tidak wajar apabila gelaran yang sepatutnya dilihat dari sudut jasa dan pengorbanan yang majmuk sifatnya telah dipesongkan pengertiannya. Tindakan kerajaan Melaka itu lebih memperlihatkan gelaran Datuk sebagai barang dagangan.
Friday, October 24, 2008
DATUK BUKAN BARANGAN DAGANGAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment