Thursday, March 26, 2009

KENAPA KHAIRY MENANG

  • Hari ni, pagi lagi saya dah kekedai kopi.
  • Macam biasa, jumpa orang yang kenal, borak-borak.
  • Isu hangat, politik UMNO.
  • Saya tanya macam mana Mukhriz boleh kalah dan Khir Toyo tak boleh menang.
  • Jawapan orang, kita dah boleh jangka, rasuah le.
  • Tiba-tiba ada seorang yang saya tak kenal asal-usulnya.
  • Beliau menyatakan bahawa jam tiga pagi tadi baru balik dari KL.
  • Beliau mengeluh kerana duit parking lebih mahal dari duit minyak.
  • Saya tanya kenapa Mukhriz boleh kalah dan Khir Toyo tewas.
  • Dia kata Khir Toyo garang sangat. Kalau dia jadi Ketua, habis kito kena bawak parang.
  • Karpal Singh pun dia kacau. Suruh budak dia cukuplah.
  • Beliau mengambarkan cara Khir Toyo akan memberi imej buruk kepada UMNO.Dalam politik tak boleh berani dan garang sangat. Kalau balingpun kena pandai sembunyi tangan.
  • Beliau ulas Mukhriz pula. Mukhriz tu layak pimpin orang tua. Cara dia bercakap lembut sangat tak sesuai dengan orang muda.
  • Memang pasti ada alasan untuk mereka yang kalah. Tapi Khairy perlu memberikan alasan kenapa beliau menang.
  • Mungkin Tun Mahathir ada jawapannya.
  • Mungkin kemenangan Khiry akan membuka ruang Pemuda UMNO dan PAS untuk bermuqabalah atau teruskan budaya Mujadalah.

No comments: