Friday, March 27, 2009

SEMANGAT BARU UMNO

  • Muhyiddin dah menang. Seperti yang telah perwakilan jangkakan.
  • Tanpa berbulan madu, dua bukit satu batang diletakkan dipundak beliau.
  • Trio menjadi pembantu.
  • Cabaran besar Muhyiddin adalah untuk menang ketiga-tiga pilihanraya kecil tersebut.
  • Muhyiddin bakal diberi kata dua oleh Najib. Biar apa cara sekalipun BN mesti menang.
  • Muhyiddin akan diuji dengan makna perubahan yang sering beliau laungkan.
  • Mungkinkah beliau boleh membuktikan pilihanraya ini adalah antara BN dan PR. Jentera kerajaan jangan dilibatkan.
  • Persepsi rakyat akan menghantui Muhyiddin. Sekiranya Muhyiddin terpalit dengan penyalahgunaan kuasa kerajaan dalam pilihanraya, reputasi Muhyiddin akan merudum.
  • Najib tak kisah, kalau orang tak nak Muhyiddin, beliau ada spare part.
  • Muhyiddin tak mungkin boleh jadi lebih baik dari Najib, ianya akan jadi seperti 2M.
  • Muhyiddin dipersimpangan, beri salah tak beri kalah.
  • Mungkinkah Muhyiddin membawa politik bersih dalam UMNO. Biar kalah yang penting perubahan.
  • Atau, bila rakyat tengok cara Muhyiddin mengurus pilihanraya, rakyat akan kata, samo ye...UMNO.

No comments: