- Datuk Seri Najib telahpun melantik anggota kabinet beliau.
- Orang Melaka paling sedih, tinggal satu jawatan Timbalan Menteri.
- Datuk Ali kecewa. Beliau jangka akan ada Timbalan Menteri jadi Menteri dari Melaka, paling tidak jawatan Timbalan Menteri kekal 2 orang.
- Mungkin Datuk Seri Najib melihat bahawa Datuk Idris Harun adalah orang Datuk Ali, Datuk Ali pula orang Pak Lah, orang Pak Lah Najib tak nak, walaupun menang.
- Semalam Khairy pergi Melaka jumpa Datuk Ali Rustam, pasti menarik perbualan mereka. Mungkin berkisar rasuah dan kabinet.
- Khairy dilihat orang yang paling kecewa dalam UMNO.
- Bagi menutup kekecewaan beliau, maka beliau menyatakan bahawa parti lebih utama dari Kabinet. Khairy tak mungkin dapat menutup kekecewaan beliau.
- Mana mungkin Ketua Pemuda UMNO tanpa ”budget” dapat berfungsi menggalas tanggungjawab mengembalikan anak muda kepada UMNO. Tidak mungkin Khairy sentiasa berpaut kepada Razali selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
- Kalau sampai pemilihan akan datang, pasti Khairy bungkus, atau beliau mungkin bungkus lebih awal.
- Yang pasti, Khairy menjadi mangsa Mahathir. Syarat Mahathir masuk UMNO amat besar, mungkin telah ditentukan Mahathir.
- Jawapan Mahathir dalam blognya bahawa beliau masuk UMNO kerana Tun Abdullah sudah tidak menjadi Perdana Menteri adalah terlalu kepura-puraan.
- Mungkin Mahathir masuk UMNO kerana Najib sudah menjanjikan Mukhriz kekabinet dan Khairy dikeluarkan.
- Mahathir dari awal telah memberi amaran kepada orang tingkat 4 Najib. Mahathir mungkin berusaha pula menjadi orang tingkat 4 Najib.
- Tindakan awal Najib lebih dilihat sebagai cara Mahathir. Membebaskan Tahanan ISA sebagai contoh. Dikala Mahathir mula menjadi PM beliau membebaskan 21 tahanan, Najib pula 13 tahanan.
- Mahathir datang dengan slogan Bersih Cekap Amanah, Najib dengan Satu Malaysia.
- Najib pasti dalam dilemma. Beliau akan cuba keluar dari konkongan Mahathir, risikonya beliau akan dikritik Mahathir. Tun Abdullah pasti tidak akan senyap, mungkin Tun Abdullah akan jadi seperti diam-diam ubi berisi, atau beliau memang jenis ubi yang tak ada isi.
- Mahathir akan berusaha mempengaruhi Najib, tapi Mahathir tidak mungkin dapat mempengaruhi Rosmah. Kalau Mahathir berjaya jadi orang tingkat 4, Rosmah mungkin duduk tingkat 6. Najib tingkat 5.
- Rosmah dilihat sering mempengaruhi Najib. Bila bertembung idea Rosmah dan Mahathir, Najib pasti akan pilih Rosmah, Mahathir bakal tersingkir juga.!
Friday, April 10, 2009
NAJIB DIKONKONG MAHATHIR ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment