Saturday, May 23, 2009

MAHKAMAH BETUL

  • Bila Mahkamah tinggi memberikan kemenangan kepada DS Nizar, kita kata Mahkamah betul.
  • Bila Mahkamah rayuan memberikan kemenangan kepada DS Zamry selaku MB yang sah, kita kata Mahkamah tidak betul.
  • Sebenarnya yang tidak betul kita. Pemikiran kita.
  • Begitu juga dengan akhbar Utusan Malaysia.
  • Bila Utusan Pro Kita, kita kata Utusan sudah berubah, bila Utusan hentam kita, kita kata utusan talibarut UMNO.
  • Mungkinkah kita mempunyai persepsi yang salah terhadap UMNO. Menyebabkan sistem yang dibuat UMNO seolah-olah menjadikan kita seperti lalang.
  • Sebab itu persepsi kita kepada UMNO mesti tepat. UMNO tak mungkin dapat mempermainkan kita dan pemikiran kita.
  • UMNO masih berkuasa. Mereka akan gunakan kuasa untuk kekal berkuasa.
  • Cuma mereka leka dengan kuasa Rakyat dan kuasa dari yang Maha Esa.

1 comment:

wannnnn said...

kita ketepikan soal mahkamah dan media yang pro atau anti. rata2 rakyat termasuk dari kalangan umno sendiri mengakui kalau dun perak d bubar bn akan kalah. Run mahathir juga mengatakan jangan bubar "KITA AKAN KALAH" ini kata2 dari mulut tun sendiri. Sekarang sepatutnya semua orang faham Perak mempunyai @ MB satu MB pilihan rakyat, satu lagi MB yang bukan pilihan.