- BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti. Suatu keberanian politik yang ditunjukkan oleh Najib.
- Berani tidak semestinya betul. Ahli UMNO sudah pasti kecewa. Mereka rasa mereka boleh menang, tapi bila keluar keputusan, tetap tak boleh menang.
- Walaupun BN memberikan 3 alasan untuk tidak bertanding, namun asasnya mudah, BN sudah menjangka keputusannya.
- Kalah tidak dibimbangi BN, tapi kesan sampingan dari kekalahan itu yang dirisaukan.
- Kekalahan akan menghilangkan lagi keyakinan rakyat kepada BN, Najib paling terkesan, Isu Altantunya akan bergema semula. Najib benar-benar fobia dengan Altantunya ! Hantu Altantunya masih menghantui Najib.
- BN juga dilihat tidak sepakat untuk bertarung dalam PRK Penanti. Parti-Parti komponen BN punya pelbagai krisis. Masih wujud pertembungan antara Ong dan Chua dalam MCA, PPP berkirim peluru, MIC cuba menangguk Murugiah, Kayveas menggelar MIC monyet dalam sangkar ? Pemuda UMNO masih menyimpan dendam membara, seolah-olah dilupakan media..
- BN sebenarnya kusut dengan 1001 malam...opps....1001 masalah.
- Persoalan juga timbul, berapa banyak wang yang BN habiskan untuk setiap pilihanraya kecil, 1 juta, 2 juta atau berjuta-juta. Kalau banyak pilihanraya kecil BN boleh bankrup.
- Banyak wakil-wakil UMNO negeri yang pergi bertugas dalam pilihanraya kecil mengeluh, mereka tidak semewah dulu. UMNO Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan cukup terasa letih bila berdepan pilihanraya kecil.
- Jentera kerajaan negeri tak dapat diperalatkan lagi, cuma tinggal sisa sisa jentera kerajaan pusat. Khir Toyo tidak semewah dulu bila hilang Selangor, apatah lagi bila elaun DUN dipotong selama 12 bulan.
- Bila dikaji permasalahan BN, memang wajar BN tidak bertanding dalam PRK Penanti.
- Mungkin kita melihat BN sedang melakukan perubahan. Tetapi sebenarnya BN sedang hilang keyakinan pada diri sendiri. Penanti adalah tanda bahawa BN sudah tiada upaya untuk menang. Pemikiran BN diselaputi kekalahan....
- Kalau adapun pilihanraya kecil, BN mungkin mengharapkan kekosongan kerusi NS, Melaka atau Johor. Kosong tidak semestinya mati....
- Mungkinkah BN akan bangkit semula selepas perubahan yang mereka buat di Penanti, atau BN memang sudah berada dipenghujung.....
Tuesday, May 19, 2009
PENANTI - UMNO MENANG ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
http://emang-psychotickiller.blogspot.com/2009/05/pkr-parti-lawak-dun-penanti-syok.html
PKR kalah pada hakikatnya
Post a Comment