Sunday, May 17, 2009

PERAK - BUBAR TIGA DUN SAJA

  • BN pasti tidak mahu DUN Perak dibubarkan.
  • Pakatan mahu DUN dibubarkan.
  • Kalau berbincang, pasti kita sudah menjangka kesudahannya.
  • BN sudah menjangka keputusan yang bakal mereka terima sekiranya pilihanraya diadakan semula di Perak. Mengikut penganalisis, BN mungkin tinggal 9 kerusi. BN tidak mungkin ambil risiko tersebut.
  • Untuk membubarkan DUN, BN bukan sekadar menghadapi tekanan PR, namun Tengku Razaleigh, Gerakan dan pimpinan MCA turut memberi tekanan dalaman kepada Najib.
  • Sekiranya BN kalah teruk di Perak, BN pasti akan kalah teruk dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat akan melihat BN sudah sampai dipenghujung...
  • Najib paling bimbang, pemimpin BN akan menilai beliau sebagai seorang yang tiada aura, One Malaysia is nothing. Najib akan jadi indah khabar dari rupa...baik lagi rupa Pak Lah dari rupa Najib ?
  • Najib cuba memperhalusi cadangan Mahathir, usul tidak percaya. Jalannya penuh berliku, satu persatu keputusan mahkamah akan menyebabkan hidup Najib tidak tenteram.
  • Jalan terakhir Najib pasti akan mencari keadaan PR menang dan BN menang (win win).
  • Formulanya, bubar tiga DUN sahaja (DUN Lompat). Bagi BN walaupun mereka tahu mereka akan kalah, tapi kekalahan paling minima.
  • Kerajaan Perak kembali asal.
  • Bagi Najib, biar kalah di Perak tapi Malaysia masih digengaman.


4 comments:

AnakWarisan said...

saya rasa bagus juga kalau 3 kerusi katak tu di kosongkan sebab depa dah tipu pengundi yang dah pangkah depa.sebabkan katak 3 ekor tu seluruh rakyat perak terima musibah.

Anonymous said...

At this time, Must go in for the kill

Harris Abdullah said...

Taboleh la bang sebab Mahkamah Persekutuan sudah putuskan ketiga-tiga masih sah ADUN. SPR pun kata mereka tak pernah letak jawatan sebagai ADUN. So nak bubar 3 DUN tu atas alasan apa?

Anonymous said...

Boleh..atas alasan bertanggungjawab. Perak kelam kabut disebabkan mereka. 3 katak ni dulu menang atas tiket parti mana..jgn ada alasan 16 sept, sebab perkara tak pernah terjadi. Najib yang sebenarnya menzahirkan lompat parti, dan Perak menjadi bahan ujikaji yang pertama. Lihat saja adun umno yang U-turn tu. Tak terfikirkah kita yang semua ini memang rampasan kuasa. Jadi 3 katak ni memang wajib meletak jawatan dahulu...