Monday, July 13, 2009

INDONESIA SUBURKAN DEMOKRASI

  • Demokrasi di Indonesia semakin subur.
  • Bila lihat media (TV) di Indonesia semasa pemilihan Presiden rabu lalu, media di Indonesia telah 10 tahun mendahului kita.
  • Demokrasi bukan sahaja dapat dilihat di Media namun pemikiran rakyatnya juga begitu demokratik. Rakyat diberi peluang untuk menyatakan pandangan mereka. Rakyat mereka diajar jujur, bukannya mengampu.
  • Dua fakta penting dalam pemilihan presiden kali ini.
  • Pertama : Bila terdapat bantahan tentang ada rakyat Indonesia yang tiada nama mereka dalam senarai Daftar Pemilih. Isu ini dibawa keMahkamah. Maka Mahkamah Indonesia putuskan bahawa rakyat yang tiada dalam daftar pemilih boleh mengundi dengan hanya membawa kad pengenalan, mengundi mengikut alamat kad pengenalan.
  • Kedua : Bila terdapat kes-kes pengundi hantu dan pengundi 2 kali, maka KPU (Ka Pe Uu = SPR) terus menjalankan pemotongan segera bagi membersihkan daftar pemilih. Pemotongan terus dibuat ditempat mengundi.
  • Bila bandingkan demokrasi Indonesia dan Malaysia, macam bumi dengan langit.
  • Pukul lapan mula mengundi, tamat jam 12 tengahari.
  • Tak payah jerit-jerit kempen pada hari mengundi. Dah puas berkempen dalam TV dan rapat umum.
  • Semua calon diberi tempoh dan hak berkempen yang sama. Walaupun SBY masih jadi Presiden sehingga September 2009.
  • Rakyat Indonesia tidak mendapat demokrasi itu dengan percuma, mereka dapat dengan nyawa dan darah.
  • Demokrasi di Malaysia, kalau kau undi aku, aku beri kau.....jam...ban...tan.

2 comments:

pasnational_unity said...

Salam Perjuangan. Stand United, Brave The Challenges

"Welcome to the world of Unity

Pak Brahim said...

Pemimpin-pemimpin Negara Malaysia mengajar rakyatnya menjadi HAMPEH...POLITIK KATAK DIBAWAH TEMPURUNG..
Semasa saya berada di Banda Aceh, saya juga sempat menyaksi dan mengikuti kempen dan perbahasan CHAPRES secara terbuka dan didiliputi secara meluas melalui media.
Disamping perdebatan,ulasan-ulasan dari pihak yang profesional juga dibuat bagi memudahkan rakyat faham halatuju dan manifestasi kepimpinan.
Oleh kerana pemikiran pemerintah masih bertaraf dibawah tempurung, maka lahir ramai wakil rakyat bersifat katak-katak.