Monday, July 13, 2009

POLITIK JAMBAN DAN JAMBATAN

  • Politik UMNO tidak berubah, masih politik berkisar hal jamban dan jambatan.
  • Rakyat Manek Urai diberi pilihan samada pilih PAS atau pilih Jambatan.
  • Yang membawa gaya politik jambatan adalah Muhyidin. Muhyidin tak banyak bezanya dengan Najib, otak pembangunan.
  • Memang mereka yang lahir dari institusi UMNO tak banyak bezanya.
  • UMNO boleh berjanji dan tunaikan janji, namun politik sebegini tak akan memberi manfaat kepada rakyat.
  • Lepas dapat jambatan, nak apa lagi....
  • Zaman politik pembangunan telah berakhir. Politik hari ini menuntut perkara yang lebih penting dari itu.
  • Politik hari ini menuntut pembaharuan.
  • Politik dunia semakin berubah. Rakyat dahagakan maklumat yang benar, bagi mereka membuat penilaian yang betul.
  • Politik UMNO benar-benar memperbodohkan rakyat.
  • Rasuah politik tetap menjadi teras UMNO.
  • Benarlah slogan UMNO, Dulu, Kini dan Selamanya...... Rasuah.
  • Muhyiddin cukup masak dengan pengalaman politik, mana negara yang tidak beliau lawati, tapi malangnya bila berpolitik masih berpemikiran jamban dan jambatan.
  • Semoga Rakyat Manek Urai memberi pengajaran kepada kita semua !!!

No comments: