- Berarak sambil membawa kepala lembu selepas solat jumaat di Shah Alam adalah kerja sebahagian NGO Melayu, bagi membantah pembinaan kuil.
- Pemimpin UMNO mula bersuara. Khairy yang paling lantang membantah tindakan NGO Melayu itu.
- UMNO buat UMNO yang bantah. Sandiwara UMNO dah boleh dibaca oleh rakyat.
Kalau di Melaka, NGO Melayu memainkan isu kepala babi, di Selangor, kepala lembu.
- NGO Melayu bernasib baik kerana dibelakang mereka UMNO. Kalau NGO ini tidak dibayangi UMNO, dah lama polis belasah mereka.
- Yang paling sedih, NGO Melayu itu sendiri tak tahu apa yang mereka perjuangkan. Melayu ke Islam.
- Tindakan mereka kerana Islam ke atau semangat Melayu atau agenda politik Melayu.
- Bila tindakan itu tidak jelas, Islam mereka kabur, Melayu mereka luntur, politik mereka hancur.
- Berpolitik melalui NGO adalah strategi UMNO. Dinegeri Pakatan, mereka membangkitkan semangat Melayu melalui NGO Melayu.
- Melayu tak semestinya Islam. Tindakan Melayu bukan semuanya tindakan Islam.
- Sudah 50 tahun merdeka, politik masjid, kuil dan tokong masih menghantui kita.
- Membina kuil tidak ada kena mengena dengan Melayu. Kalau nak bantah pun bukan NGO Melayu.
- Ada juga Melayu yang berlindung disebalik Islam.
- Kejahilan Melayu yang membawa fitnah kepada Islam.
- Itulah Melayu UMNO.
- Melayu kemana, Islam kemana.
2 comments:
tepat padat itulah wajah sebenar bn/umno.pejuang buloh kasap pangkal hilang hujung lesap.
Awak tak tahu kisah sebenar.yang awak tahu cakap sahaja..bagaimana jika berlaku tempat anda.ketika itu pemimpin yang diharap dapat berunding.jadi kambing hitam sigagak hitam..dari penduduk seksyen 23
Post a Comment