Thursday, August 27, 2009

DARI WAD 97 - IKUT SYARIAH KE ?

  • Persoalan utama yang bermain dalam kepala saya, hukuman yang dikenakan kepada Kartika itu ikut kehendak syarak ke ? Kata mudah ikut syariah ke ?
  • Dalam sistem UMNO, mahkamah saja syariah, sistem belum tentu.
  • Yang kena warga singapura, warga Malaysia lagi melambak.
  • Pergi Hard Rock Cafe, boleh sebat HI, pergi The Ship boleh sebat SI, pergi The Zouk boleh jumpa JH. Kat Dataran Melaka Bandaraya Bersejarah pun ada anak Melayu Minum Arak.
  • Dulu pemimpin UMNO ada yang minum arak, sekarang tak ada lagi (he...he...he)
  • Saya sudah dapat membaca riak politik media BN.
  • Simpati rakyat akan diletakkan dibelakang Kartika. Kartika akan dijadikan insan yang teraniaya, diaibkan dan tak diberi pembelaan.
  • Mahkamah Syariah akan digambarkan lemah.
  • Kenyataan Hishamudin yang menyatakan bahawa tidak jurusebat untuk kes Kartika benar-benar menjatuhkan imej Mahkamah Syariah.
  • Bila media berjaya menjatuhkan imej Mahkamah Syariah, maka ianya akan dikaitkan dengan lemahnya Islam.
  • Bila Islam dilihat lemah maka BN akan mencari jalan bagaimana untuk meletakkan kelemahan itu kepada PAS. Kerana PAS yang membawa mesej Islam.
  • Berhati-hati memberi kenyataan.
  • Anda mempertahankan Mahkamah Syariah ke atau anda mempertahan syarak.
  • Dalam isu Kartika, UMNO jelas mempersendakan Islam, mereka yang merekacipta undang-undang, dan mereka yang mendedahkan kelemahan undang-undang tersebut.
  • Teks penuh kenyataan Presiden PAS dalam isu Kartika wajar menjadi pedoman kita. Kesimpulan Tok Guru Haji Hadi cukup menarik "Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi"
  • Cukuplah terperangkap dengan mainan politik UMNO. Keluar dari pemikiran politik lama, tak perlu lagi mempertahankan UMNO dan sistem mereka. Yakin pada diri sendiri.
  • Sudah tiba masanya, kita jaga negeri kita, UMNO jaga negeri mereka.
  • Kata pada UMNO, untuk kamu agama kamu, untuk kami agama kami. Kalau sama, cantik!!!

No comments: