Wednesday, November 4, 2009

MPMBB - PULANGKAN WANG RAKYAT

  • Merujuk kepada laporan Audit Negara 2008, MPMBB antara agensi kerajaan Negeri Melaka yang diaudit.
  • Di dalam Laporan audit tersebut ada dinyatakan :
  • b) Kawasan Beroperasi Belum Diwartakan
    Perintah 8, Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MBMB), 2005 menetapkan kawasan tempat letak kereta yang telah di warta boleh dikenakan caj dan kesalahan boleh di kompaun mengikut perintah 46(1) dalam Perintah yang sama. Perbandingan telah dilakukan antara 118 kawasan tempat letak kereta berkupon yang diswastakan dengan 132 kawasan tempat letak kereta yang diwartakan. Semakan Audit mendapati empat kawasan yang menyediakan 1,092 petak telah mengenakan caj letak kereta dan kompaun terhadap kesalahan, namun kawasan ini tidak di senarai dalam kawasan yang diwartakan. Ini bermakna kawasan tersebut telah beroperasi sebelum pewartaan
    menyebabkan caj dan kompaun yang dikeluarkan tidak sah di sisi perundangan. (Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008, Negeri Melaka)
  • Sehubungan dengan laporan audit diatas maka pihak MPMBB sewajarnya memulangkan wang kompaun yang telah dibayar oleh rakyat.
  • Kawasan yang terlibat adalah Taman Bachang Mall, Semabok Perdana, Lorong Kg.Jawa, Taman Bukit Piatu Mutiara.
  • Jumlah kompaun yang terlibat dari Januari hingga Julai 2008 adalah berjumlah RM38,320.00
  • Pulangkan wang rakyat atau rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang kepada MPMBB.
  • Datuk Ali jangan membisu, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.!!!

No comments: