Wednesday, July 15, 2009

65 JAMBATAN

  • PAS menang di Manek Urai dengan majoriti 65 undi.
  • Dalam demokrasi Malaysia, majoriti 1 pun menang.
  • Dua isu utama mempengaruhi pengundi
  • Pertama :Jambatan yang dijanjikan Muhyiddin
  • Kedua : Jambatan dengan UMNO
  • UMNO dapat merasakan kesan baik dari politik jambatan.
  • Najib akan arahkan UMNO bina lebih banyak jambatan.
  • Kalau boleh 65 jambatan.
  • Mula dengan jambatan bengkok, untuk pulihkan demam PPSMI Mahathir.
  • Jambatan lain kita tunggu....

Monday, July 13, 2009

INDONESIA SUBURKAN DEMOKRASI

  • Demokrasi di Indonesia semakin subur.
  • Bila lihat media (TV) di Indonesia semasa pemilihan Presiden rabu lalu, media di Indonesia telah 10 tahun mendahului kita.
  • Demokrasi bukan sahaja dapat dilihat di Media namun pemikiran rakyatnya juga begitu demokratik. Rakyat diberi peluang untuk menyatakan pandangan mereka. Rakyat mereka diajar jujur, bukannya mengampu.
  • Dua fakta penting dalam pemilihan presiden kali ini.
  • Pertama : Bila terdapat bantahan tentang ada rakyat Indonesia yang tiada nama mereka dalam senarai Daftar Pemilih. Isu ini dibawa keMahkamah. Maka Mahkamah Indonesia putuskan bahawa rakyat yang tiada dalam daftar pemilih boleh mengundi dengan hanya membawa kad pengenalan, mengundi mengikut alamat kad pengenalan.
  • Kedua : Bila terdapat kes-kes pengundi hantu dan pengundi 2 kali, maka KPU (Ka Pe Uu = SPR) terus menjalankan pemotongan segera bagi membersihkan daftar pemilih. Pemotongan terus dibuat ditempat mengundi.
  • Bila bandingkan demokrasi Indonesia dan Malaysia, macam bumi dengan langit.
  • Pukul lapan mula mengundi, tamat jam 12 tengahari.
  • Tak payah jerit-jerit kempen pada hari mengundi. Dah puas berkempen dalam TV dan rapat umum.
  • Semua calon diberi tempoh dan hak berkempen yang sama. Walaupun SBY masih jadi Presiden sehingga September 2009.
  • Rakyat Indonesia tidak mendapat demokrasi itu dengan percuma, mereka dapat dengan nyawa dan darah.
  • Demokrasi di Malaysia, kalau kau undi aku, aku beri kau.....jam...ban...tan.

POLITIK JAMBAN DAN JAMBATAN

  • Politik UMNO tidak berubah, masih politik berkisar hal jamban dan jambatan.
  • Rakyat Manek Urai diberi pilihan samada pilih PAS atau pilih Jambatan.
  • Yang membawa gaya politik jambatan adalah Muhyidin. Muhyidin tak banyak bezanya dengan Najib, otak pembangunan.
  • Memang mereka yang lahir dari institusi UMNO tak banyak bezanya.
  • UMNO boleh berjanji dan tunaikan janji, namun politik sebegini tak akan memberi manfaat kepada rakyat.
  • Lepas dapat jambatan, nak apa lagi....
  • Zaman politik pembangunan telah berakhir. Politik hari ini menuntut perkara yang lebih penting dari itu.
  • Politik hari ini menuntut pembaharuan.
  • Politik dunia semakin berubah. Rakyat dahagakan maklumat yang benar, bagi mereka membuat penilaian yang betul.
  • Politik UMNO benar-benar memperbodohkan rakyat.
  • Rasuah politik tetap menjadi teras UMNO.
  • Benarlah slogan UMNO, Dulu, Kini dan Selamanya...... Rasuah.
  • Muhyiddin cukup masak dengan pengalaman politik, mana negara yang tidak beliau lawati, tapi malangnya bila berpolitik masih berpemikiran jamban dan jambatan.
  • Semoga Rakyat Manek Urai memberi pengajaran kepada kita semua !!!