- Apa cara sekalipun, UMNO akan berusaha untuk memastikan DSAI merengkok dalam penjara. UMNO percaya pada ramalan bahawa Pakatan Rakyat akan hancur tanpa Anwar.
- Cuma kata-kata Mahathir kadangkala menyentap fikiran totok UMNO. UMNO akan hancur kalau Anwar merengkok dalam penjara. Simpati Melayu akan meningkat seperti tahun 1999. Bila bertemu Melayu 1999 dan Cina, India 2008, maka tsunami piliharaya akan datang menjadi seperti filem 2012, UMNO pupus yang tinggal tiga kapal, PAS, PKR, DAP.
- Cuma kalau Anwar terlepas dari tuduhan ini, lagi cepat UMNO pupus.
- Tok Guru Nik Aziz antara tokoh yang boleh mengemudi Pakatan Rakyat. Walaupun faktor kesihatan menjadi kekangan, namun banyak pemimpin dunia masih mampu memimpin walaupun sudah berkerusi roda, yang penting waras dan diterima rakyat pelbagai kaum.
- Bolehkah Tengku Razaleigh (Kuli) mengemudi Pakatan Rakyat. Kuli masih punya pengikut. Beliau sudah serasi dengan PAS melalui APU. Kuli tahu bahawa beliau tidak punya masa depan dengan UMNO. Kuli punya pengalaman menjadi pembangkang. Ramai yang tidak sedar bahawa Kuli adalah insan yang menjadi pencetus Kerajaan Perpaduan.
- Mungkin kerajaan perpaduan versi Kuli boleh diterima pakai.
- Rakyat sedang menanti bila agaknya Anwar, Kuli, TGNA, TGHA, Lim Kit Siang bergabung membina Malaysia Baru.
- Tiada yang mustahil....
Wednesday, February 10, 2010
MASA DEPAN PAKATAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment