Wednesday, February 10, 2010

RAHSIA PARTI VS RAHSIA RAKYAT

  • Siapa yang lebih berdosa, samada membocorkan rahsia parti atau membocorkan rahsia rakyat.
  • Membocorkan rahsia kerajaan negeri adalah juga merupakan membocorkan rahsia rakyat.
  • Dalam sistem politik kepartian negara kita, parti politik kadangkala lebih mengutamakan parti daripada rakyat.
  • Kesalahan kepada rakyat dilihat remeh, kesalahan kepada parti dilihat sebagai keutamaan.
  • Parti politik kadangkala memikirkan bahawa rakyat akan hidup selagi parti tersebut hidup. Rakyat akan mati kalau parti mati. Oleh itu parti mesti diberi keutamaan.
  • UMNO antara parti yang mempunyai fahaman ini. Sebab itu perasuah UMNO dalam institusi UMNO dikira salah, tapi perasuah UMNO dalam institusi rakyat tidak mengapa.
  • Dalam sistem demokrasi, tindakan setiap parti akan dinilai oleh rakyat. Samada parti mengutamakan rakyat atau mengutamakan parti.
  • Terutamanya parti-parti dalam pakatan rakyat. Tindakan mereka mesti berteraskan keutamaan kepada rakyat.
  • Kesalahan kepada rakyat patut menerima hukuman yang lebih besar daripada kesalahan kepada parti.
  • Kalau tidak, rakyat akan melihat ini bukan pakatan rakyat, tapi pakatan parti.

No comments: