Thursday, February 11, 2010

SIAPA KATA

  • Siapa kata Eye On Malaysia akan dibawa keluar dari Melaka.
  • Syarikat Belgium itu cuma dapat hak dari Mahkamah untuk bawa keluar roda gergasi itu.
  • Kerajaan Melaka masih punya banyak pilihan bagi memastikan roda tersebut kekal ditapak sediaada.
  • Pilihan pertama, membida melalui tender terbuka. Syarikat yang menguruskan sungai Melaka dipertanggungjawabkan untuk membida roda tersebut. Harga tak payah kira, maruah lebih utama.
  • Kaedah kedua melalui sewa beli. Bayar pendahuluan, bayaran tahunan hasil dari kutipan tiket. Dianggarkan kena bayar 5 juta setahun. Kalau tak cukup Kumpulan Melaka Berhad boleh "top up".
  • Kaedah ketiga adalah dengan membeli roda baru dari pembekal lain. Loan dari pusat. Tentu tak ada masalah.
  • Sebab itu, siapa cakap roda gergasi itu akan dicabut keluar dari Melaka. Ini kerajaan Ali Rustam la, apa ada pada roda 32 juta. Rakyat bukan peduli dari mana Datuk Ali ambil dan belanja duit, yang penting roda berpusing.
  • Saya dah boleh agak cara Datuk Ali pusing....

2 comments:

Hasbullah Pit said...

Syarikat belgium tu nak tenderkan ke?

Kalau aku jadi syarikat belgium,
tak mahu aku berniaga dengan Ali Rustam lagi

Unknown said...

kalau macam tu lebih baik ali baba daripada ali rustam, kah..kah..kah..