Thursday, April 29, 2010

TAHNIAH YB !

  • Tahniah buat YB Nasir Mustafa, Adun Kubang Rotan.
  • Soalan beliau di DUN Kedah, memanaskan UMNO dan Politik Kedah.
  • Konflik akan dapat membezakan kita dengan UMNO.
  • Pandangan Islam pada Sultan dan Raja berbanding dengan pandangan UMNO pada raja.
  • Sultan adalah pemimpin, membawa isu pemimpin dalam sidang DUN adalah langkah tepat. Supaya pemimpin dihormati, bukan diperalatkan.
  • UMNO sering memperalatkan institusi raja.
  • Dikala kuat, Kuasa Raja di gugat mereka. Dikala lemah mereka berlindung disebalik bayangan raja. Siapa yang memperalatkan perlembagaan dan institusi raja ?
  • Islam meletakkan asas yang jelas, manusia asasnya sama, ketaqwaan membezakan mereka. Sebab itu manusia yang mencari kebenaran, maka mereka mencari taqwa, berlumba-lumba membuat perkara disuruh Allah dan meninggalkan perkara dilarang.
  • Raja, Perdana Menteri, Menteri Besar, Penghulu, JKKK, rakyat....semuanya menerima penilaian dosa pahala disisi Allah.
  • UMNO jangan hipokrit, mereka sedang perkukuhkan institusi raja, atau mereka yang sedang menghancurkanya !!!
  • Kata-kata benar walaupun pahit sebenarnya akan menyelamatkan, daripada puji-puji yang manis tetapi pembohong !

No comments: