Wednesday, October 26, 2011

AUDIT : SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD

  • Penggunaan Jangka Meter Automatik (AMR) : Pada tahun 2009, SAMB telah membeli 18 unit jangka meter automatik (AMR) dengan kos berjumlah RM0.39 juta. Semakan Audit terhadap laporan penyenggaraan yang dikeluarkan oleh pembekal mendapati 12 buah bateri di 7 lokasi AMR tidak boleh digunakan lagi walaupun penggunaannya hanya untuk tempoh 11 hingga 14 bulan sahaja. Bagi melicinkan pengurusan pengebilan, SAMB telah menggantikan bateri tersebut dengan kos bernilai RM5,115.
  • Perolehan Smart Meter : Mulai bulan April 2008, SAMB telah melantik pembekal untuk membekal dan memasang 5,000 unit Smart meter dengan nilai RM0.66 juta. Analisis Audit mendapati sehingga bulan Ogos 2010 hanya 2,916 daripada 5,000 unit Smart meter atau 58.3% masih berstatus aktif. Berdasarkan semakan terkini SAMB pada bulan Mac 2011, bilangan Smart meter berstatus aktif adalah 155 unit manakala 4,820 unit telah dihentikan penggunaannya.

No comments: