Saturday, November 12, 2011

DADAH TAK PERLU DIPOLITIKKAN

  • Ada anak kepada Adun di Melaka yang dikenakan hukuman kerana dadah, saya bersimpati.
  • Dadah adalah musuh utama negara. Ianya bukan bahan politik.
  • Penagih dadah perlu di hukum apatah lagi pengedar.
  • Dadah tak kenal politik. Anak orang UMNO, PAS dan tak ada parti semuanya terlibat dengan dadah.
  • Berdepan dengan dadah tak boleh dengan politik.
  • Sebab itu agensi anti dadah sepatutnya tiada batas politik.
  • Orang politik dan pemimpin masyarakat sepatutnya dilibatkan sama.
  • Dadah sudah masuk ke semua ceruk kampung.
  • Cuma kita tak serius selesaikannya.
  • Kita terlalu sibuk nak cari calon boleh menang ?
  • Yang dah menang kita tak nilai ?
  • Apa yang telah dibuat oleh orang-orang yang menang ini untuk pastikan anak-anak kita tak terlibat dengan dadah?

No comments: