Beban tugas yang ada pada guru hari ini sudah banyak.
Guru bukan sekadar bekerja disekolah, kerja guru hari ini dibawa hingga kerumah.
Kerajaan harus memberikan fokus kepada meningkatkan insentif kepada golongan guru.
Bekerja 9 jam akan memberi tekanan kepada guru, sekaligus akan memberi kesan lansung kepada mutu pendidikan negara.
Fokus yang harus diberi kepada guru adalah penyelarasan tugas, mencukupkan bilangan disamping meningkatkan kualiti disamping perhatian serius kepada peningkatan gaji dan insentif.
Melaka diberitakan akan dipilih selaku projek perintis bagi cadangan bekerja 9 jam. Amat malang, dan kenapa Melaka dipilih.?
Mendengar 9 jam bekerja sudah meresahkan guru, mereka sudah cukup terbeban dengan tugas sediada.
Langkah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menolak cadangan itu juga adalah disokong.
Tekanan beban 9 jam ini pasti memberi kesan lansung kepada mutu generasi akan datang.
Cadangan kerja 9 jam wajar ditolak dan tak perlu dijadikan ujikaji.
Sebaliknya cadangan PR dalam buku jingga bagi memberikan insentif RM5oo sebulan kepada semua warga pendidik adalah lebih praktikal bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.
saya setuju....sekarang saja sudah macam-macam cabaran yang perlu dihadapi oleh guru...ini ingin ditambah lagi dengan kerja selama 9 jam....apa yang perlu dilakukan oleh guru jika berada di sekolah selama 9 jam sedangkan murid sudah balik rumah....renung2kan...
1 comment:

Post a Comment