JIMAT DENGAN PRU SETIAP 5 TAHUN
- SPR menyatakan bahawa pilihanraya serentak seluruh negara akan menjimatkan kos dan wang negara.
- Maka SPR bercadang nak jumpa dengan pemimpin pakatan, hasratnya agar pakatan turut bubar DUN jika PM bubar parlimen.
- Nampak benar SPR itu diperalat UMNO.
- SPR bole jumpa Pakatan, tapi dalam masa yang sama SPR juga kena nasihatkan BN, terutamanya PM.
- Pilihanraya jadi jimat sekiranya ia diadakan setiap lima tahun, bukan 3 atau 4 tahun.
- PRU 13 sepatutnya diadakan sebelum Mac 2013, sekarang baru Nov 2011. Masa masih panjang.
- Sepatutnya SPR jumpa pemimpin BN, terutamanya Perdana Menteri. Nasihat Datuk Seri Najib agar jangan bubarkan Parlimen selagi penggalnya belum berakhir.
- Jadi tak timbul isu antara kerajaan BN dan kerajaan pakatan.
- Semua kerajaan kena bubar DUN atau Parlimen bila cukup tempoh. DUN dan Parlimen Sarawak boleh turut diselaraskan.
- Tentukan tarikah PRU 13 awal, bukan dengan teka teki Najib.
- Ini kalau SPR ikhlas nak jimatkan wang negara. Bukan Pakatan sahaja perlu diberi nasihat, BN sebenarnya lebih utama diberi peringatan.
- SPR benar-benar nak jimatkan wang rakyat ke atau nak menangkan BN ?
- Kalau benar-benar nak jimatkan wang Rakyat, SPR harus tegas dengan :
- Tempoh PRU setiap genap 5 tahun.
- Tarikh PRU diumumkan setahun awal sebelum tempoh 5 tahun tamat.
- Selaraskan PRU Negeri dan Parlimen serentak untuk Sarawak.
- Kawal belanja piliharaya parti parti bertanding.
- Akses media elektronik kepada semua parti bertanding.
- Tiada penggunaan dana awam oleh mana mana parti politik.
- Sanggupkah SPR bertegas demi jimatkan wang rakyat?
- Atau SPR terus dilihat sebagai Pro BN @ Alat BN ?
No comments:
Post a Comment