- Musim perayaan telah tiba. Ops sikap yang dilaksanakan oleh PDRM telah 17 tahun diperkenalkan.
- Melihat statistik kemalangan di musim perayaan adalah amat mengerikan. Penunggang motosikal adalah penyumbang utama (60%) kemalangan maut.
- Angka kemalangan maut setiap tahun tidak banyak bezanya. Walau penguatkuasaan dan rondaan begitu efektif, namun kemalangan tetap juga berlaku.
- Seperti kata pepatah malang tidak berbau. Namun mengikut pengalaman penulis, banyak negara yang mempunyai kepelbagaian cara bagi mengelakkan kemalangan jalanraya.
- Pengguna jalan raya di Malaysia agak ”samseng” sedikit. Semua orang hendak cepat, sehingga lorong cepat jadi lambat. Kalau dimusim perayaan, lorong lambat boleh jadi cepat, memang pening.
- Rakyat Malaysia biasanya punya dua watak. Satu ketika tidak memandu dan satu lagi ketika berada dibelakang stering. Sikap pemandu di Malaysia memang sukar diramal, tak kira jantina.
- INDONESIA
- Indonesia mempunyai sikap pemandu yang menarik. Hon menjadi wajib, sikit-sikit hon.
- Walaupun dibandar seperti Jakarta dan Medan, kebanyakan pemandu seperti tiada undang-undang tapi hon dan sikap mereka mengatasi segalanya. Memandu di Jakarta atau kawasan bandar di Indonesia perlukan kesabaran.
- Dikala pergi dari medan ke Aceh, perjalanan selama 20 jam. Pemandu yang memandu Kijang pada kelajuan 90km/jam. Dalam hujan renyai selama 20 jam itu tiada berjumpa sebarang kemalangan jalanraya.
- Jalan yang dilalui bukannya lebuhraya, Cuma jalan kampung dua lorong. Kalau melalui jambatan, hanya satu lorong sahaja yang lalu.
- Satu budaya yang terbaik ada pada mereka adalah memberi laluan kepada kenderaan yang memotong. Siapa memotong diberi lesen besar.
- Kalau bertembung dengan kenderaan sedang memotong, kita harus perlahankan kenderaan atau berhenti dibahu jalan. Kesannya, tiada kenderaan yang bertembung.
- Berbeza dengan budaya kita. Kalau kita lihat kenderaan memotong, kita nyalakan lampu atau bunyikan hon atau lajukan kenderaan kononya untuk mengacah sebagai tanda protes. Salah acah dua-dua ”kapan”.
- Ada yang paling ekstrim bila bertembung dengan kereta memotong, kita bunyi hon berpanjangan dan tunjuk buku lima atau ”isyarat lucah”.
- Sikap inilah yang tiada pada warganegara kita. Undang-undang tidak cukup untuk mengelakkan kemalangan. Kesedaran sivik dari peringkat sekolah perlu disemai kepada seluruh rakyat.
- Beri laluan kepada mereka yang memotong. Jangan samseng, kerana yang samseng pun mati.
- VIETNAM
- Memandu di Vietnam suatu keajaiban. Saigon (Ho Chi Minh City) sebagai contoh. Jalan di Vietnam dipenuhi dengan jutaan motosikal. Jalan sentiasa sesak dengan kenderaan. Kalau sikap pemandu Vietnam macam pemandu di Malaysia, tak tahu apa nak jadi.
- Kepadatan penduduk menyebabkan bilangan kereta hanya dihadkan kepada kenderaan awam dan pihak swasta sahaja. Orang ramai hanya dibenarkan menggunakan motosikal. Membeli motosikal di Vietnam adalah secara tunai, tiada pinjaman bank atau pinjaman dari syarikat motor.
- Undang-undang kepada kenderaan awam amat ketat.
- Perjalanan dengan Bas dari Ho Chi Minh City ke Mekong mengambil masa 3 jam melalui lebuhraya, jaraknya sekitar 100km. Kalau di Malaysia satu jam sahaja, silap-silap kancil boleh makan 45 minit.
- Kenderaan awam hanya boleh memandu pada kelajuan 70 km/jam, dan mereka cukup berdisplin. Walaupun jalan kosong, mereka kekal dengan kelajuan tersebut.
- Undang-undang mengawal pemandu mereka. Pemandu kenderaan awam yang disaman kerana memandu laju akan digantung lesen memandu 2-3 bulan disamping dikenakan saman tunai.
- Mungkin boleh dipraktiskan di Malaysia. Minggu lepas ketika melaui lebuhraya jam 12 malam dari Air Hitam ke Melaka, Bas Ekspress memotong pada kelajuan sekitar 140km/jam.
- Kalau kita tegas pada kenderaan awam, ini juga boleh menyelamatkan banyak nyawa.
- Jalanraya di Malaysia agak baik berbanding dengan Indonesia maupun Vietnam. Namun sikap dan undang-undang tidak dapat mendidik kita. Rasuah juga menjadi penyumbang.
- Sikap tak akan berubah sekiranya undang-undang boleh dibeli.
- Berhati-hati di Jalanraya, anda mampu mengubahnya !
No comments:
Post a Comment