- Permatang Pasir kekal menjadi pengkalan PAS.
- BN di tolak dan Pakatan diterima.
Kempen UMNO
- Media UMNO memainkan isu syurga. Tok Guru Nik Aziz menjadi sasaran. Harapan UMNO, angin Manek Urai akan bertiup sampai Permatang Pasir.
- UMNO masih tak faham politik Kelantan. UMNO mungkin kena baca satu buku yang bertajuk "Universiti Politik Kelantan", baru UMNO boleh jadi cerdik.
- Pada suatu petang di Permatang Pasir, Muhyiddin sedang ceramah dibawah sebatang pokok. Beliau menyebut bahawa pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh UMNO merupakan suatu jihad dan ianya menepati tuntutan Islam.
- Tapi Muhyiddin lupa bahawa rakyat sedang menilai diantara Jihad dan Jahat UMNO. Jahat UMNO lebih menonjol berbanding jihad mereka. Mereka berjihad untuk berbuat jahat. Membuat projek adalah jihad, ambil rasuah dari projek adalah jahat.
- Projek anak emas PermatangPasir juga turut menarik perhatian. Jawapan Ketua Menteri agar memilih anak soleh adalah jawapan terbaik. Anak dan calon perlu soleh.
- UMNO juga berhempas pulas membersihkan calon mereka. Kreadibiliti calon umno menjadi faktor kedua kepada kekalahan UMNO. Faktor utama adalah UMNO itu sendiri. Orang dah tak nak kat UMNO.
- Kempen UMNO hebat. Pada malam Haji Mohamad Sabu berceramah disuatu rumah ahli PAS, tuan rumah menutup pintu, kerana UMNO sudah menempatkan Puteri UMNO didalam rumah tersebut, duit belanja dah siap dibekalkan.
Majoriti
- PAS mendapat majoriti 4551 dengan 73% pengundi, kurang sekitar 700 undi dari pilihanraya umum lalu. Sekiranya peratus keluar mengundi mencecah 83% seperti pilihanraya umum, dianggarkan PAS akan mendapat undi tambahan sebanyak 623 undi. Ini bermakna dalam pilihanraya ini pengurangan undi adalah sekitar 80 undi berbanding pilihanraya umum lalu.
- Kalau momentum Pakatan ini dapat dikekalkan, pilihanraya umum akan datang, Permatang Pasir sah menjadi Pengkalan PAS.
No comments:
Post a Comment