- Tiga hari saya di Permatang Pasir. Tiada kerja lain selain makan dan tidur.
- Makan kerana nak hidup. Tidur kerana demam.
- Selsema berdarah, batuk, demam panas , pening kepala dan cirit-birit.
- Orang berkempen, kita tidur. Sampai yang nak pergi kempen pun kita ajak tidur.
- Nasib baik kawan sebilik majoriti selsema. Jadi mereka tak berapa nak paksa saya pergi jalani ujian H1N1.
- Masuk hari ketiga, tak boleh jadi dengan makan dan tidur, baik balik.
- Sebelum sampai rumah jam 10.30 mlm, saya pergi ke Hospital.
- Ambil darah dan darah mula diuji.
- Tepat jam 12.00 malam doktor panggil saya.
- Doktor kata "Kita dah cek darah encik, encik bebas dari denggi".
- Aku pening atau Doktor yang pening atau sistem yang pening !
- Apakah semua ini yang menyumbang kepada 64 kematian.
2 comments:
Salam.....
Semoga cepat sembuh ya akhi...
info tentang selsema babi kat sini - FAQ Tentang Selsema Babi dan demam denggi di sini - Hentikan Denggi Pada Puncanya
Post a Comment