Saturday, October 31, 2009

LAPORAN AUDIT NEGARA : MELAKA :GANJARAN TAK DIBAYAR

  • e) Ganjaran Guru KAFA
  • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2003 menetapkan ganjaran tamat perkhidmatan layak diterima apabila pegawai tamat kontrak perkhidmatan. Bayaran ganjaran berjumlah RM378,774 telah dijelaskan kepada guru kontrak Kerajaan Negeri bagi tempoh bulan Januari hingga Ogos 2008.
  • Semakan Audit terhadap pembayaran ganjaran guru mendapati:
  • i) Berlaku kelewatan antara lima hingga 41 bulan bagi menjelaskan ganjaran berjumlah RM378,774 kepada 395 guru walaupun perkhidmatan guru tamat semenjak bulan Disember 2004.
  • ii) Bayaran ganjaran berjumlah RM114,051 bagi 123 orang guru kontrak Kerajaan Negeri yang ditawarkan lantikan semula masih belum dijelaskan walaupun tempoh kontrak perkhidmatan tamat sejak awal bulan Januari 2005.
  • JAIM memaklumkan bahawa kelewatan menjelaskan ganjaran berpunca antaranya daripada peruntukan belanja mengurus tidak mencukupi. Mulai tahun 2009, JAIM telah mendaftar dengan i-akaun KWSP bagi mengatasi kelewatan pengesahan bayaran syer majikan, daftar guru melanjutkan kontrak telah diselenggarakan serta pelantikan guru kontrak diseragamkan pada awal bulan Januari.
  • Pada pendapat Audit, pengurusan pembayaran ganjaran adalah tidak memuaskan disebabkan kelewatan pembayaran dan menjejaskan motivasi guru ke arah mencapai keberkesanan program KAFA.

No comments: