Saturday, October 31, 2009

LAPORAN AUDIT NEGARA : MELAKA : TERLEBIH BAYAR ELAUN

  • Pembayaran Emolumen Guru Kontrak Kerajaan Negeri
  • Perenggan 8 kepada Panduan Bayaran Elaun Penyelia Dan Guru oleh JAKIM menetapkan elaun bulanan akan dibayar secara tetap. Pembayaran emolumen guru dibuat melalui sistem gaji Perbendaharaan Negeri Melaka mulai bulan September 2005 untuk mengatasi kelewatan pembayaran.
  • Semakan Audit mendapati guru kontrak di bawah skim guru kontrak Gred S11 masih
    dibayar elaun tetap KAFA sejumlah RM288 sebulan selama tujuh tahun dari tempoh
    tahun 2001 hingga 2007 walaupun telah menerima gaji bulanan. Mengikut perkiraan
    Audit, Kerajaan Negeri telah menanggung pembayaran sejumlah RM17.83 juta yang
    tidak mengikut peraturan. Elaun tersebut hanya dimansuhkan oleh MMKN pada akhir
    bulan Januari 2008.
  • JAIM memaklumkan, pembayaran elaun bulanan sejumlah RM288 bagi setiap guru
    lantikan Kerajaan Negeri adalah merupakan satu kesilapan dan MMKN telah memansuhkan elaun tersebut mulai tahun 2008 tanpa arahan menuntut semula lebihan bayaran daripada guru.
  • Pada pendapat Audit, pengurusan pembayaran emolumen guru kontrak di bawah skim Gred S11 Kerajaan Negeri adalah tidak memuaskan kerana Kerajaan Negeri telah terlebih berbelanja sejumlah RM17.83 juta bagi bayaran elaun guru KAFA.

No comments: