Friday, April 30, 2010

EYE ON MALAYSIA

  • Kerajaan Negeri Melaka gagal mendapatkan Eye On Malaysia.
  • Setelah tawaran pembelian RM10 juta ditolak oleh pihak penjual.
  • Habis hangus RM15 juta yang wang rakyat yang telah dibelanjakan.
  • Wang rakyat didahulukan, eye on malaysia tak tercapai juga !

Thursday, April 29, 2010

TAHNIAH YB !

  • Tahniah buat YB Nasir Mustafa, Adun Kubang Rotan.
  • Soalan beliau di DUN Kedah, memanaskan UMNO dan Politik Kedah.
  • Konflik akan dapat membezakan kita dengan UMNO.
  • Pandangan Islam pada Sultan dan Raja berbanding dengan pandangan UMNO pada raja.
  • Sultan adalah pemimpin, membawa isu pemimpin dalam sidang DUN adalah langkah tepat. Supaya pemimpin dihormati, bukan diperalatkan.
  • UMNO sering memperalatkan institusi raja.
  • Dikala kuat, Kuasa Raja di gugat mereka. Dikala lemah mereka berlindung disebalik bayangan raja. Siapa yang memperalatkan perlembagaan dan institusi raja ?
  • Islam meletakkan asas yang jelas, manusia asasnya sama, ketaqwaan membezakan mereka. Sebab itu manusia yang mencari kebenaran, maka mereka mencari taqwa, berlumba-lumba membuat perkara disuruh Allah dan meninggalkan perkara dilarang.
  • Raja, Perdana Menteri, Menteri Besar, Penghulu, JKKK, rakyat....semuanya menerima penilaian dosa pahala disisi Allah.
  • UMNO jangan hipokrit, mereka sedang perkukuhkan institusi raja, atau mereka yang sedang menghancurkanya !!!
  • Kata-kata benar walaupun pahit sebenarnya akan menyelamatkan, daripada puji-puji yang manis tetapi pembohong !

Wednesday, April 28, 2010

BN MENANG KE ?

  • Takziah, BN menang di Hulu Selangor.
  • Walaupun sudah 3 hari berlalu, BN tak dapat merayakan kemenangan itu.
  • Tak ada apa yang nak dibanggakan BN.
  • Pilihanraya Hulu Selangor, lambang demokrasi yang tiada batas undang-undang.
  • RM65,000,000.00 (65 juta) dibelanjakan UMNO untuk mendapat majoriti tak sampai 2000 undi.
  • Pergi jahanam dengan baget pilihanraya, yang penting menang. Yang dibelanjakan bukan wang Rosmah, tapi wang rakyat.
  • Yang rugi rakyat, UMNO tak rugi apa-apa.
  • Kurang 2000 undi majoriti bagi sebuah kerusi Parlimen adalah seperti telur dihujung tanduk. Ditanduk pecah digolek pun pecah.
  • UMNO terpaksa menjadi parti yang difensif walaupun sudah menang. UMNO terpaksa menjawab bagi pihak MIC.
  • Ramai orang sangka MIC (Samy) bijak, Parlimen pun dapat, Senator pun dapat.
  • Kamalanathan jadi MP, Palanieval mungkin jadi senator.
  • MIC sebenarnya sudah tidak ada masa depan, hayatnya lebih pendek dari hayat Samy. UMNO yang akan menentukan masa depan mereka . MIC sudah tidak kemana.
  • Hulu Selangor adalah bayangan Ijok.
  • Pakatan kalah di Ijok tapi dapat memerintah Selangor.
  • Walaupun kalah di Hulu Selangor, jalan ke Putrajaya makin terbuka.
  • Buktinya, boleh lihat di Sibu !!!

Wednesday, April 21, 2010

TAK SANGKA PULAK

  • Selangor negeri maju, Pakatan baru memerintah Selangor 2 tahun. Selebihnya dibawah kuasa BN/Perikatan.
  • Pilihanraya kecil Hulu Selangor memperlihatkan bahawa BN selama ini mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai kerajaan dan pemimpin.
  • Biasanya anak-anak yang tak ada surat beranak hanya berlaku di Sabah dan Sarawak.
  • Tapi realitinya, masih ada anak-anak di Hulu Selangor yang tiada surat beranak.
  • Rakyat sudah bertahun menghantar permohonan mereka pada pejabat pendaftaran. Tapi tak tahu apa jawapannya.
  • Bila ditanya pada Menteri Hishamudin, beliau kata semua itu sedang diproses.
  • Hulu Selangor adalah lambang Rakyat terpinggir, mereka dibiarkan terpinggir kerana kuasa. Puluhan tahun BN membiarkan mereka, sehingga anak-anak tiada pengenalan diri.
  • Anak-anak yang tiada surat beranak seperti anak-anak terbuang.
  • Nasib rakyat Hulu Selangor sebenarnya tidak jauh dari nasib rakyat Sabah / Sarawak.
  • Kawasan yang hampir dengan ibukota, putrajaya, cyberjaya, sepang, ict, bioteknologi, aeroangkasa, tapi anak-anak masih tak ada surat beranak, bertahun sedang diproses....
  • Lu pikir la sendiri !!!

Tuesday, April 20, 2010

PAKAR BEDAH SARAF

  • Dr Halili keluar PKR dan cadang nak masuk UMNO.
  • Saya tak pernah kenal beliau, melainkan bila beliau umum keluar PKR dan masuk UMNO.
  • Beliau seorang pakar bedah. Dalam politik seorang pakar bedah belum tentu pakar dalam kepimpinan. Sebab itu sudah dua kali bertanding beliau tetap kalah.
  • Walaupun 1000 alasan yang beliau berikan untuk keluar PKR, namun rakyat sudah menjangka bahawa faktor kecewa tidak dicalonkan di Hulu Selangor menjadi faktor asas beliau bertindak demikian.
  • Tindakan Dr Halili itu hanya untuk memuaskan hatinya sahaja. Orang politik tak boleh mengkhianati gerakan yang mereka dokong. Pilihanraya adalah peperangan dalam dunia politik moden.
  • Khianat dalam peperangan adalah pembelot.
  • Cuma satu persamaan dalam dunia peperangan dulu dan pilihanraya sekarang adalah pembelot tak akan diterima. Kalau Dr Halili boleh mengkhianati PKR beliau juga boleh mengkhianati UMNO apatah lagi rakyat.
  • Dr Halili menjangkakan bahawa beliau boleh menjatuhkan PKR dan pakatan dengan tindakan tersebut. Beliau sebenarnya sedang menjatuhkan maruah sendiri.
  • Beliau mungkin boleh bersandiwara di depan media tapi belum tentu di depan Allah !

Monday, April 19, 2010

PR VS BN VS UMNO VS MIC

  • Pilihanraya Hulu Selangor adalah pilihanraya kecil yang menampakkan BN benar-benar terdesak.
  • Mana orang terfikir, selepas lebih 50 tahun berkuasa, BN akhirnya terpaksa berdepan dengan ahli-ahli dalam parti komponennya sendiri. BN terpaksa berlawan dengan ahli UMNO dan MIC.
  • Walau pun calon bebas itu sudah dan akan dipecat, sebenarnya keretakan dalam komponen BN makin jelas kelihatan.
  • Walaupun UMNO cuba menswastakan ketuanan Melayu mereka kepada Perkasa, namun mereka lupa bahawa Perkasalah yang akan memusnahkan mereka.
  • Hulu Selangor adalah tanda kesetiaan ahli UMNO sudah tidak kepada BN dan UMNO.
  • UMNO sangka Perkasa akan memperkuatkan mereka, tapi sebenarnya Perkasa sedang membina ketaatan baru. Ibrahim Ali bijak memperalatkan UMNO.
  • Hulu Selangor menjadikan melayu UMNO terpisah dua, samada mereka perlu memberi sokongan kepada UMNO @ Perkasa atau BN.
  • Pakatan berada pada landasan yang betul. Pakatan datang hanya dengan seorang calon sahaja, Datuk Zaid Ibrahim.
  • BN tak boleh kalah dalam pilihanraya kecil ini, kekalahan BN adalah sinonim dengan kematian !!!
  • Syabas Pakatan !

Monday, April 12, 2010

RM100 MACAM SAMPAH !

  • RM 100 ringgit yang diberi kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas, mungkin dianggap Sharizat seperti sampah, tak bernilai.
  • Bagi pemimpin UMNO, RM100 tak bernilai, tapi bagi rakyat miskin yang sudah meniti hari tua, RM100 mungkin boleh menampung sebulan kehidupan mereka.
  • Bagi yang kaya raya seperti pemimpin UMNO, RM100 memang sampah, tapi bagi yang memerlukan RM10 adalah rahmat dan rezeki.
  • RM100 yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang adalah hasil jimat cermat kerajaan Pakatan. Dua tahun memerintah sudah mampu memberikan wang tunai kepada warga emas, bayangkan kalau berjimat untuk 50 tahun, sudah pasti peruntukan dan program warga emas akan lebih tersusun.
  • Saya cadangkan pemimpin UMNO buat program kutip RM100 dan beri kepada orang miskin yang memerlukan. Jangan perlekehkan kerajaan pakatan.
  • Dimulakan dengan Tun Abdullah Badawi, beliau pergi ke Maybank dan ambil RM100 dan berikan pada yang miskin. Diikuti oleh Menteri Mohd Nor Yaakub.
  • Kalau ada 500 warga emas UMNO yang kaya raya, mereka boleh kutip RM50,000 dari program kerajaan Pulau Pinang itu. Dengan RM50,000 itu banyak orang miskin yang mereka boleh bantu.
  • Kalau ada 5000 warga emas UMNO, mereka boleh kutip RM500,000 @ RM0.5 juta.
  • Sebenarnya banyak benda baik yang boleh dipanjangkan dari program RM100 yang dibuat kerajaan pulau pinang.
  • Bagi warga emas yang kaya, pergi ambillah RM100 itu dan sedekahkanlah pada rakan-rakan warga emas yang miskin.
  • Jangan ikut perangai UMNO, RM100 dilihat sampah!